Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Kanak-Kanak Saksi Ibu Dibunuh Kejam

M Update, 30/05/2022 – Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya, di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah di sini pada Ahad. Lebih menyedihkan, menurut sumber, kematian wanita terbabit dipercayai disaksikan sendiri oleh anaknya yang berusia lima tahun.Katanya, kejadian itu disedari oleh…

KDN Bakal Bawa Masuk 60,000 Pengawal Keselamatan Warga Asing

M Update, 27/05/2022 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa masuk kira-kira 60,000 pengawal keselamatan warga asing yang menepati kriteria khas ditetapkan untuk memenuhi permintaan sektor keselamatan dalam negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keperluan industri masa kini secara keseluruhannya memerlukan sehingga 150,000 pengawal keselamatan untuk mengisi…

Motosikal 150CC Ke Atas Bakal Diwajibkan Pasang Brek ABS

M Update, 25/05/2022 – Kerajaan bakal mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci atau ‘anti-lock braking system’ (ABS) ke atas motosikal model baharu 150cc ke atas. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah penguatkuasaan mewajibkan pemasangan sistem berkenaan kepada semua syarikat pengeluar motosikal, bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kajian…

Hukuman Mati Nagaenthran Dilaksanakan Pagi Tadi

M Update, 27/04/2022- Rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam menjalani hukuman gantung di sini, awal pagi ini dan mayatnya akan dibawa pulang ke Ipoh hari ini.  Semalam, Mahkamah Rayuan Singapura, menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu…

Larangan Penggunaan 3 Kategori Kenderaan Mikromobiliti – MOT

M Update, 26/04/2022 – Kementerian Pengangkutan menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti membabitkan tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata larangan itu dibuat menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada…

3 Lelaki Didenda RM100 Bermain Meriam Karbaid, Tular Video

M Update, 22/04/2022 – Mahkamah Majistret, di sini menjatuhi hukuman denda RM100 terhadap dua lelaki atas kesalahan bermain meriam karbaid, manakala seorang lagi turut didenda RM100 kerana merakam dan menularkan aktiviti itu di media sosial. Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Shahrul Izzuan Kamaruzaman, Muhammad Nawar…

Dua Beradik Termasuk Bayi 7 Bulan Maut Sesak Nafas

M Update, 21/04/2022 – Dua beradik termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini. Pada kejadian 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adik perempuannya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan maut dipercayai sesak nafas. Difahamkan,…

Tahanan PATI Bolos Dikhuatiri Berbahaya

M Update, 21/04/2022 – Tahanan etnik Rohingya yang masih bolos selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dikhuatiri berbahaya kerana boleh melakukan apa saja bagi menyelamatkan diri. Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, orang awam diminta berhati-hati memandangkan tahanan bolos dikhuatiri akan bertindak di…

Lari Dari Pemeriksaan Polis, Bob Dan Fakhrul

M Update, 18/04/2022 – Dua ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat lelaki yang tidak memberhentikan kereta sehingga memaksa polis melepaskan lima das tembakan di Pasar Awam Tikam Batu, dekat sini, semalam. Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Keladi dan…

Maut Terjatuh Ketika Mahu Bergambar Di Blue Lagoon

M Update, 13/04/2022 – Hasrat seorang wanita merakam gambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Tasik Biru Kangkar Pulai atau Blue Lagoon mengundang padah apabila mangsa maut selepas terjatuh dari tebing tasik pada ketinggian 23 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima…