Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Ismail Sabri Tuntut Al Jazeera Mohon Maaf

M Update, 6/7/2020 – Agensi berita antarabangsa Al Jazeera hari ini dituntut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar melalui satu dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.  Menyifatkan dokumentari itu sebagai mengelirukan, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli, Menteri Kanan (Kluster…

Tindakan Terhadap PATI Dibuat Atas Keperluan Keselamatan, Kesihatan – KPN

M Update, 6/7/2020 – Segala bentuk tindakan yang diambil terhadap pendatang tanpa izin di negara ini adalah atas keperluan keselamatan dan kesihatan negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata semua negara di dunia tidak akan membiarkan pendatang tanpa izin bebas tanpa kawalan terutama ketika berdepan wabak termasuk pandemik COVID-19. …

Ketegasan Terhadap PATI Adalah Kehendak Rakyat – KDN

M Update, 6/7/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil serius dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing, ketika pihak berkuasa negara ini mengendalikan pandemik COVID-19 seperti didakwa stesen televisyen, Al Jazeera. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kerajaan kini lebih memihak kepada kehendak rakyat sendiri yang mahu semua pihak…

Panggil Semula 100 Saksi Kes Adib – Zuraida

M Update, 3/7/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk memanggil semula semua saksi kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mengesan pembunuh sebenar. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata siasatan semula secara menyeluruh perlu dilakukan bagi membawa pelaku sebenar jenayah berkenaan ke muka pengadilan. “Kes…

Pegawai Kanan Imigresen Johor Ditahan – Ayob Khan

M Update, 3/7/2020 – Seorang wanita berusia 50 tahun yang bertugas sebagai penolong pengarah Jabatan Imigresen Johor ditahan polis kelmarin, dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai itu ditahan…

Tragedi Bot Terbalik: Mayat Keenam Ditemui

M Update, 3/7/2020 – Mayat keenam mangsa tragedi bot terbalik di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin pada Isnin lalu, berjaya ditemui kira-kira 21 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman, berkata mayat Harun Daud, 57, ditemui terapung di laut…

Gagal Jalani Saringan COVID-19 Kali Kedua : KKM Tahu Di Mana Anda

M Update, 2/7/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai data lengkap, termasuk alamat kediaman lebih 1,400 rakyat Malaysia yang dikuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi gagal menjalani saringan COVID-19 kali kedua hingga kini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menegaskan pihaknya maklum mengenai lokasi terkini kumpulan…

Laut China Selatan Perlu Kekal Aman, Laluan Perdagangan – PM

M Update, 26/6/2020 – Pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan jelas dan konsisten bahawa ia seharusnya kekal aman dan menjadi laluan perdagangan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Malaysia berpendirian bahawa Laut China Selatan seharusnya kekal sebagai kawasan aman dan menjadi laluan perdagangan. “Oleh itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara…