Input your search keywords and press Enter.

Daftar Tabung Bantuan Dengan MOF

M Update, 8/4/2020 – Kerajaan mencadangkan setiap tabung yang diwujudkan untuk membantu meringankan beban serta mengekang penularan coronavirus (COVID-19) perlu didaftarkan dengan Kementerian Kewangan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengemukakan pendirian itu berkata, ia bagi memastikan setiap sumbangan mendapat manfaat pengecualian cukai seperti dijanjikan kerajaan. Katanya,…

Pesalah Ingkar PKP Akan Dikompaun RM1,000 Mulai Hari Ini

M Update, 8/4/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut…

Penangguhan Haji Tahun Ini Belum Pasti

M Update, 8/4/2020 -Arab Saudi masih belum membuat keputusan rasmi berhubung ibadah haji tahun ini, sama ada akan ditangguhkan atau sebaliknya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menjelaskan perkara itu dimaklumkan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan, semalam.…

Empat Topeng Muka Untuk Setiap Keluarga

M Update, 8/4/2020 – Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara, bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan keutamaan pemakaian topeng muka perlu mengikut syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu membabitkan individu yang…

Sepang, Kota Samarahan Dikategorikan Sebagai Zon Merah

M Update, 8/4/2020 – Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19. Pertambahan dua daerah itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah di Malaysia yang mencatatkan kes wabak itu dengan jumlah yang tinggi adalah sebanyak 23 kawasan. Infografik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat…

Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih Sultan Selangor Bersama Rakyat Dibatalkan

M Update, 8/4/2020 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat di masjid seluruh negeri pada Ramadan tahun ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu diambil oleh Baginda selepas mengambil kira…

Patuh PKP Kunci Kejayaan Perangi COVID19 – Dr Adham Baba

M Update, 8/4/2020 – Kepatuhan terhadap tiga perincian utama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kunci yang akan menentukan kejayaan negara dalam memerangi pandemik coronavirus (COVID-19). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tiga perincian itu iaitu duduk di rumah, penjarakan sosial dan penjagaan aspek kebersihan dilihat efektif dalam…

Status PKP Bakal Diketahui Dalam Masa 72 Jam

M Update, 8/4/2020 – Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik COVID-19. PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di…

Sumbangan Tabung COVID-19 Cecah RM22.66 Juta

M Update, 8/4/2020 – Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lalu, kini sudah mengumpul sejumlah RM22. 66 juta sumbangan wang tunai daripada pelbagai pihak dan geran kerajaan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tabung itu juga turut menerima sumbangan barangan dengan nilai terkumpul sebanyak RM26.9 juta. Katanya, sehingga…