Input your search keywords and press Enter.

Silat Terima Pengiktirafan UNESCO

M Update, 13/12/2019 – Seni mempertahankan diri silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengiktirafan itu diberikan pada persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang…

MAVCOM Sah Dibubarkan

M Update, 13/12/2019 – Kabinet semalam bersetuju membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan fungsi-fungsi utamanya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif merasionalisasi badan pengawalseliaan penerbangan awam di bawah satu entiti akan dapat mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan. Katanya, malah…

Agong Ucap Tahniah Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA Ke-30

M Update, 13/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang pingat pada Sukan SEA ke-30 di Filipina. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka amat gembira dengan pencapaian atlet dan bangga melihat Jalur Gemilang dikibarkan…

Diskaun 50 Peratus Saman Trafik Sempena Krismas

M Update, 13/12/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi. PDRM dalam satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala…

Polis Cari Pemandu Lori Gilis Kanak-Kanak

M Update, 12/12/2019 – Polis meminta orang ramai untuk membantu mengesan pemandu lori yang disyaki terbabit dalam kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki maut akibat digilis di Napoh kelmarin. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung…

Cermin Gelap Tidak Ikut Spefikasi Akan Disaman

M Update, 12/12/2019 – Saman tetap dikenakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi sekiranya kereta miliknya dipandu individu lain ketika ditahan penguat kuasa. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, tindakan tegas diambil terhadap pemilik kenderaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi sekiranya kenderaan mereka…

Hina Nabi : Penganggur Didenda RM5,000

M Update, 12/12/2019 – Akibat memuat naik hantaran jelik bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, seorang penganggur didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan melalui…

Tuanku Permaisuri Agong Mengikuti Perkembangan Dr Amalina Di Twitter

M Update, 12/12/2019 – Pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri tidak menyangka Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pengikutnya di laman sosial Twitter. Dr. Amalina dengan merendah diri mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian terbarunya di laman sosial Instagram (IG) dan Twitter. Kongsinya lagi, Tuanku Permaisuri turut bertanya…

RON95 Gred Tinggi E4M Mula Dijual Januari Depan

M Update, 12/12/2019 – Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara Januari depan. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz, berkata E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97,…

Caj Penghantaran GrabFood Dinaikkan Hingga RM9

M Update, 12/12/2019 – Syarikat perkhidmatan penghantar makanan, GrabFood mengumumkan kenaikan kos penghantaran antara RM5 hingga RM9 bagi setiap pesanan bermula Isnin lalu. Jurucakap GrabFood berkata, peningkatan itu dilakukan GrabFood dalam usaha mereka meluaskan radius penghantaran bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk memesan makanan dari pelbagai pilihan restoran. “Caj penghantaran pesanan…