Input your search keywords and press Enter.

Pendidikan

Keputusan UPSR Boleh Diperoleh 21 November Ini

M Update, 11/11/2019 – Murid Tahun Enam boleh mengambil dokumen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 pada 21 November ini di sekolah masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu kenyataan berkata, calon terbabit boleh mengambil dokumen itu bermula 10 pagi atau…

KPM : TVET Bakal Perkenal Kursus Teknologi Dron, AI

M Update, 5/11/2019 – Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kursus agro berteraskan penggunaan teknologi, khususnya berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata inisiatif itu sejajar perkembangan semasa dan permintaan terhadap produk pertanian di negara ini yang semakin…

PM : Harap Calon SPM, STPM Tenang Jawab Soalan

M Update, 5/11/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati semua calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadapi cabaran peperiksaan itu dengan tenang. Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial rasminya, Perdana Menteri turut mendoakan semua calon lulus dengan keputusan yang…

Komik Propaganda : Tiga Individu Dipanggil Bukit Aman Termasuk Bekas Ahli DAP

M Update, 23/10/2019 – Tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Kuan…

Malaysia Mampu Kembali Jadi ‘Harimau Asia’ Melalui Pendidikan

M Update, 23/10/2019 – Malaysia mampu kembali menjadi ‘Harimau Asia’ melalui bidang pendidikan dengan sokongan bantuan dan dana daripada sektor swasta yang terbabit dalam pelbagai perindustrian negara. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sektor swasta perlu mengambil peluang bekerjasama dalam pelbagai program seperti penajaan biasiswa dan pemberian dana serta geran.…

Mahasiswa Kesempitan Boleh Mohon Bantuan Zakat

M Update, 22/10/2019 – Pelajar universiti yang mengalami kesempitan hidup boleh memohon bantuan zakat bagi mengurangkan beban kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Malah, katanya, ketika ini pun sudah ramai mahasiswa yang menerima bantuan itu. “Mahasiswa boleh memohon (bantuan zakat)… tidak ada masalah. Kita…

KPM : Pemansuhan Aliran Sastera Dan Sains Akan Diumumkan Kemudian

M Update, 21/10/2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak terburu-buru berhubung pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar Tingkatan Empat sebaliknya sedang meneliti segenap aspek termasuk libat urus dan penggajian. Menjelaskan perkara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengumumkan berkenaan pemansuhan itu apabila tiba masanya. “Kita (KPM)…

Graduan Protes : Kerajaan Tidak Campur Tangan Tindakan UM – PM

M Update, 16/10/2019 – Kerajaan tidak perlu campur tangan terhadap tindakan yang di ambil Universiti Malaya (UM) membabitkan graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata universiti berkenaan berhak mengambil tindakan yang dirasakan sesuai terhadap graduan berkenaan. Katanya,…

Hantar Anak Ke Taska, Pra Sekolah Di Beri Pelepasan Cukai RM2,000

M Update, 16/10/2019 – Ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan atau pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1,000 sebelum ini. Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019…

Graduan Biadap: UM Buat Laporan Polis

M Update, 15/10/2019 – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam. UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan…