Input your search keywords and press Enter.

Tag

coronavirus

Koronavirus: Lelaki Tempatan Sah Positif Koronavirus

M Update, 10/02/2020 – Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang bekerja di Macau, China, dan mempunyai sejarah perjalanan melawat tanah besar negara itu, disahkan positif coronavirus (2019-nCoV). Berita mengenai lelaki itu tular dalam media sosial selepas dikatakan mempunyai gejala jangkitan terbabit apabila mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di…

Malaysia Bertindak Balas Segera Terhadap Status Semasa Coronavirus

M update, 7/2/2020 – Malaysia akan memperketatkan kawalan sempadan dengan menambah bilangan mesin pengimbas haba dan makmal bagi mempercepatkan keputusan sampel jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) Di samping itu, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam…

Amaran! Henti Sebar Berita Tidak Sahih Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang

M Update, 6/2/2020 – Polis memberi amaran supaya semua pihak menghentikan segera penyebaran dan perkongsian berita tidak sahih mengenai penularan coronavirus (2019-nCoV) di negara ini, atau berhadapan tindakan undang-undang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai 2019-nCoV boleh mengundang rasa panik…

JKNJ : Dakwaan Coronavirus Merebak Ke Desa Tebrau Palsu

M Update, 5/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor. JKNJ dalam satu kenyataannya menerusi akaun rasmi Facebook mereka menyatakan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Sehubungan itu, pihak JKNJ juga sudah membuat laporan polis…

Jumlah Maut Meningkat Kepada 490 Orang

M Update, 5/2/2020 – Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian, hari ini. Dalam taklimat hari ini daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu, dengan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500…

Kes pertama 2019-nCov Babitkan Rakyat Malaysia

M Update, 4/2/2020 – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki…

Coronavirus: Belum Wajib Pakai Topeng Muka

M Update, 3/2/2020 – Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam susulan penularan novel coronavirus (2019-nCoV) di China. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata setakat ini virus baharu itu belum menular dalam komuniti di negara ini, justeru mereka yang sihat tak perlu pakai topeng…

KKM : Kesiapsiagaan Negara Di Tahap Terbaik

M Update, 3/2/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan ia lewat menangani wabak koronavirus baharu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada tahap terbaik, membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak yang bermula di Wuhan, China. “Kita…