Input your search keywords and press Enter.

Tag

Inkues Adib

KPN : Polis Akan Siasat, Cari Pihak Terlibat Kematian Muhammad Adib

M Update, 27/9/2019 – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya…

Keluarga Muhammad Adib Harap Suspek Dibawa Ke Muka Pengadilan

M Update, 27/9/2019 – Abang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Asraf, berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adiknya segera dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, ini kerana keluarga Muhammad Adib masih menuntut keadilan, selepas hampir setahun insiden menyayat hati itu berlaku. “Kami sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner hari…

Kematian Adib Disebabkan Tindakan Jenayah

M Update, 27/9/2019 – Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari. Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest…

Keputusan Inkues Adib Hari Ini

M Update, 27/9/2019 – Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 9 pagi ini. Ia dijangka dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad. Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan. Prosiding inkues dikendalikan…

Keputusan Inkues Adib : Balai Bomba Disaran Adakan Solat Hajat, Tahlil

M Update, 24/9/2019 – Seluruh balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran mengadakan solat hajat dan tahlil menjelang keputusan inkues kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim Jumaat ini. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bersama enam Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dalam kenyataannya menyarankan agar solat hajat dan tahlil…

Keputusan Inkues Adib September Depan

M Update, 21/8/2019 – Mahkamah Koroner di Shah Alam , hari ini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendapati tiada apa-apa lagi bagi prosiding inkues itu untuk diteruskan. Mahkamah sebelum ini secara rasminya telah…

Prosiding Inkues Adib Ditutup Hari Ini

M Update, 24/7/2019 – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup hari ini selepas tiada lagi saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu. Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah telah berpuas hati dengan semua keterangan daripada saksi yang di panggil sebelum ini.…

Inkues Adib: Peguam Kerajaan Mewakili KPKT, Bomba

M Update, 26/6/2019 – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu mengenai pelantikan empat peguam baharu bagi mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam pendengaran inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Mereka adalah tiga Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan; Mazlifah Ayob; dan…

Syazlin Terus Wakili Keluarga Arwah Adib

M Update, Peguam, Syazlin Mansor bertekad akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner yang bakal bersambung semula, pada 26 Jun ini. Syazlin menjelaskan, keputusan berkenaan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga arwah, khususnya bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid yang…

Keluarga Adib Tiada Hasrat Saman KPKT Dan JPBM

M Update, 29/5/2019 – Keluarga anggota bomba dan penyelamat (JBPM) yang terkorban akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak pernah berhasrat untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JPBM. Abang sulung mangsa, Mohd Asraf berkata, justeru…