Input your search keywords and press Enter.

Tag

Israel

Israel Roboh Empat Rumah Penduduk Palestin

M Update, 29/11/2019 – Israel hari ini merobohkan rumah empat penduduk Palestin di Tebing Barat yang dituduh melakukan serangan maut, mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang membaling batu. Tentera Zionis berkata, kediaman di perkampungan Beit Kahil berhampiran bandar ini, di jajahan Tebing Barat didiami lelaki yang ‘menganggotai skuad menjalankan serangan…

Israel Dan Hizbullah Berbalas Bedilan

M Update, 03/09/2019 –  Israel dan Hizbullah semalam, berbalas bedilan di sepanjang sempadan Lubnan dengan rejim Zionis selepas ketegangan sejak seminggu lalu dengan Israel melepaskan kira-kira 100 bedilan artileri membalas tembakan peluru berpandu anti-kereta kebal pasukan bersenjata Lubnan itu. Menurut AFP, Israel melaporkan bedilan misil Hizbullah mengenai pangkalan batalion tenteranya…

Gaza Lancar Tiga Roket Ke Israel

M Update, 26/08/2019 – Tiga roket dilancarkan dari Gaza ke selatan Israel, hari ini. Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, dua roket dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome. Menurut Majlis Daerah Sha’ar HaNegev, satu roket terjatuh ke kawasan terbiar dan mencetuskan kebakaran. Konsert anjuran sebuah pesta muzik di bandar Sderot…

Arab Saudi kutuk Israel roboh rumah Palestin

M Update, 24/07/2019 – Arab Saudi hari ini mengutuk tindakan Israel yang merobohkan kediaman penduduk Palestin dalam satu operasi kontroversi semalam sekali gus menggesa kuasa besar dunia untuk menghentikan kekejaman ini. “Kabinet mengutuk keras dan mengecam pihak berkuasa pendudukan Israel kerana merobohkan puluhan kediaman di timur Baitulmaqdis,” kata kenyataan yang…

Polis Israel Tembak Mati Penduduk Palestin Baling Mercun

M Update, 28/6/2019 – Polis Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis yang membaling mercun ke arah mereka. Penduduk berkata, kejadian berlaku ketika demonstrasi diadakan. Polis berkata, ia cuma bertindak balas kepada rusuhan termasuk kes baling batu dan pegawai bertindak selari dengan peraturan perang. Suspek bertopeng mendekati pegawai…

Pilihan raya semula Israel ditetap 17 September

M Update, 30/05/2019 – Parlimen Israel mengadakan undian hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negara itu diadakan semula. Undian itu adalah salah satu usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana ingin terus mengekalkan kuasa, selepas gagal membentuk kerajaan. Keputusan undian, iaitu 74-45 yang diperoleh memihak kepada pembubaran Parlimen…

Israel had kawasan penangkapan ikan nelayan Gaza

M Update, 29/05/2019 – Israel mengetatkan had ke atas nelayan Palestin di Semenanjung Gaza selepas banyak belon yang disertakan bom api diterbangkan dari situ memasuki wilayah Yahudi berkenaan. Zon itu membolehkan nelayan Gaza dikurangkan kepada maksimum 10 batu nautika daripada 15 batu nautika, kata unit Kementerian Pertahanan Israel, COGAT, yang…

Israel bakal hadapi pilihan raya sekali lagi

M Update, 28/05/2019 –  Israel semakin hampir melakukan pilihan raya awal apabila rang membubarkan Parlimen melepasi bacaan pertama pada awal pagi ini, walaupun baharu mengadakan pilihan raya umum bulan lalu. Berhadapan kekacauan disebabkan kegagalan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya April lalu, Knesset mengundi 66 berbanding…

Modi menang besar, Israel paling awal ucap tahniah

M Update, 23/05/2019 – Perdana Menteri India, Narendra Modi menang besar dalam pilihan raya, semalam dan dijangka menambah majoriti parlimen. Kemenangan itu dijangka memberikan parti beliau mandat untuk melaksanakan dasar mesra perniagaan yang mengutamakan penduduk Hindu selain mengambil pendekatan tegas terhadap isu keselamatan negara. Data rasmi suruhanjaya pilihan raya India…

Israel tarik balik larangan aktiviti nelayan Gaza

M Update, 10/05/2019 – Israel menarik balik larangan yang dikenakan kepada bot nelayan Palestin untuk ke laut, kata tentera, menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan awal bulan ini. Ia dilihat sebagai langkah pertama melaksanakan gencatan senjata bertujuan mengelakkan konflik baru antara tentera dan pejuang Palestin. “Hari ini, zon tangkapan ikan…