Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Bomba Subang Jaya

Panggil Semula 100 Saksi Kes Adib – Zuraida

M Update, 3/7/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk memanggil semula semua saksi kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mengesan pembunuh sebenar. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata siasatan semula secara menyeluruh perlu dilakukan bagi membawa pelaku sebenar jenayah berkenaan ke muka pengadilan. “Kes…

Bapa Adib Mohon Pendirian Terkini Peguam Negara

M Update, 5/5/2020 – Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib,…

Kerajaan Akan Pastikan Bicara Kes Adib Dipercepatkan – Zuraida

M Update, 12/3/2020 – Kerajaan akan memastikan kes perbicaraan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat dipercepatkan susulan pelantikan Peguam Negara yang baharu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan proses bagi memulakan sesi perbicaraan kes anggota bomba terbabit di mahkamah sebelum ini memakan masa. “Ketika itu di…

Kes Adib: Dua Daripada Sembilan Saksi Tampil Bantu Siasatan

M Update, 19/12/2019 – Dua daripada sembilan saksi yang sedang dikesan polis tampil bagi membantu siasatan kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya telah…

Keluarga Muhammad Adib Harap Suspek Dibawa Ke Muka Pengadilan

M Update, 27/9/2019 – Abang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Asraf, berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adiknya segera dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, ini kerana keluarga Muhammad Adib masih menuntut keadilan, selepas hampir setahun insiden menyayat hati itu berlaku. “Kami sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner hari…

Kematian Adib Disebabkan Tindakan Jenayah

M Update, 27/9/2019 – Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari. Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest…

Keputusan Inkues Adib Hari Ini

M Update, 27/9/2019 – Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 9 pagi ini. Ia dijangka dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad. Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan. Prosiding inkues dikendalikan…

Keputusan Inkues Adib : Balai Bomba Disaran Adakan Solat Hajat, Tahlil

M Update, 24/9/2019 – Seluruh balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran mengadakan solat hajat dan tahlil menjelang keputusan inkues kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim Jumaat ini. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bersama enam Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dalam kenyataannya menyarankan agar solat hajat dan tahlil…

Mahkamah Benar Permohonan Komital Terhadap Tommy Thomas

M Update, 27/8/2019 – Mahkamah Koroner membenarkan permohonan komital yang difailkan bapa anggota bomba, Mohd Kassim Abdul Hamid, terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anaknya, Muhammad Adib. Koroner Rofiah Mohamad ketika membaca keputusannya berkata, selepas meneliti semua dokumen dan afidavit yang dikemukakan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati…

Prosiding Inkues Adib Ditutup Hari Ini

M Update, 24/7/2019 – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup hari ini selepas tiada lagi saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu. Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah telah berpuas hati dengan semua keterangan daripada saksi yang di panggil sebelum ini.…