Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Kerja Raya Malaysia

Hujan Lebat : Jalan Di Paitan Alami Tanah Tuntuh

M Update, 20/01/2021 – Jalan utama di Paitan, Beluran mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan malam tadi menyebabkan bangunan Jabatan Air Paitan tergelongsor. Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata Jalan Nangoh Paitan Kanibungan terputus dan tidak boleh dilalui melibatkan 80 meter anggaran jarak yang rosak akibat tanah runtuh…

466 Mangsa Banjir Masih Berada Di 4 PPS Di Pahang

M Update, 19/01/2021 – Seramai 466 mangsa banjir daripada 118 keluarga masih berada di empat pusat penempatan sementara (PPS) di Kuantan dan Pekan, setakat 5 petang ini. Jumlah itu menurun daripada 678 mangsa daripada 185 keluarga di enam PPS pada 9 pagi tadi menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat…

Banjir : SESB Sediakan Pasukan Teknikal 24 jam Baiki Sebarang Kerosakan Bekalan Elektrik

M Update, 18/01/2021 – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyediakan pasukan teknikal 24 jam bagi membaiki sebarang kerosakan kepada bekalan elektrik termasuk menggerakkan set janakuasa bergerak ke lokasi terjejas banjir pada bila-bila masa diperlukan.  Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB Norhizami Abu Hasan berkata SESB akan mengambil langkah menghentikan bekalan elektrik sementara waktu di lokasi-lokasi…

Keadaan Banjir Di Sarawak Semakin Buruk

M Update, 15/01/2021 – Keadaan cuaca yang agak baik di Semenanjung membolehkan  kawasan dilanda banjir terus beransur pulih dengan daerah Raub di Pahang pulih sepenuhnya pagi ini, namun situasi berbeza di Sarawak yang menyaksikan jumlah mangsa banjir meningkat tiga kali ganda berbanding semalam. Banjir yang memasuki hari ketiga di enam daerah di Sarawak hari ini menyaksikan jumlah…

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Dapat Perhatian Yang Di-Pertuan Agong

M Update, 15/01/2021 – Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Serambi, Pekan, semalam. Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda Tengku…

Yang Di-Pertuan Agong & Keluarga Berkenan Tinjau Mangsa Banjir Di Pahang

M Update, 14/01/2021 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekeluarga hari ini berkenan meninjau sendiri situasi banjir di beberapa kawasan di Pekan, Pahang, menggunakan sampan dan bot penyelamat Jabatan Bomba. Istana Negara memaklumkan, keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke daerah itu diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah…

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat, Pahang, Sabah & Johor Semakin Berkurang

M Update, 14/01/2021 – Keadaan banjir di tiga buah negeri iaitu Sabah, Johor dan Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan, sementara keadaan di Pahang tidak banyak berubah akibat banjir termenung disebabkan limpahan air sungai Pahang. Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku di Sarawak apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat pagi ini ekoran keadaan hujan…

Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya

M Update, 11/01/2021 – Gelombang kelima banjir yang melanda Terengganu, pulih sepenuhnya dengan semua mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang, hari ini. Ia susulan penutupan lapan PPS terakhir membabitkan tujuh di Dungun dan sebuah lagi di Kemaman, selepas 517 mangsa daripada 128 keluarga dibenarkan pulang secara berperingkat sejak…

Banjir Di Perak Pulih Sepenuhnya, Semua PPS Ditutup

M Update, 11/01/2021 – Banjir yang melanda Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi ini. Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4…

ATM Akan Teruskan Op Murni, Bantu Mangsa Banjir Terjejas

M Update, 11/01/2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Murni bagi membantu mangsa banjir sehingga berakhir musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata fasa seterusnya operasi berkenaan akan membabitkan tugas pascabanjir seperti membantu mangsa banjir kembali ke kediaman mereka dan pembersihan…