Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Perdana Menteri

Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjut Hingga 14 Februari

M Update, 29/01/2021 – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 14 Februari. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Katanya, orang…

COVID-19: Azizan Osman Cerita Pengalaman Hampir Maut

M Update, 29/01/2021 – Pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19. Menerusi hantaran itu beliau menceritakan detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, dan beliau menyifatkan situasi itu…

COVID-19 : Kerajaan Sasar 75,000 Orang Disuntik Vaksin Sehari

M Update, 27/01/2021 – Kerajaan menyasarkan seramai 75,000 orang akan menerima suntikan vaksin dalam tempoh sehari program vaksinasi COVID-19 kebangsaan bermula, di 600 pusat vaksinasi seluruh negara mulai Mac. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata 75,000 suntikan sehari adalah sasaran awal kerajaan. Sasaran seterusnya, beliau berkata ia bergantung…

BPN 2.0 : Bayaran Akan Dikreditkan Dalam Masa Seminggu

M Update, 27/01/2021 – Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula…

Polis Rekod Kutipan Saman RM395.3 Juta Tahun Lalu

M Update, 27/01/2021 – Polis merekod kutipan kompaun berjumlah RM395.3 juta daripada 5.2 juta saman dikeluarkan sepanjang tahun lalu, berbanding kutipan RM305.9 juta hasil lima juta saman pada 2019. Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata ia menunjukkan statistik kutipan kompaun meningkat kira-kira RM89 juta…

Agih Vaksin COVID-19 Tanpa Diskriminasi – SUHAKAM

M Update, 27/01/2021 – Kerajaan digesa memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk, termasuk golongan rentan, pelarian, migran, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan dalam pusat tahanan dan banduan tanpa diskriminasi berdasarkan status kewarganegaraan mereka. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam kenyataan memaklumkan, hak kesihatan adalah hak asasi yang sepatutnya…

Sultan Nazrin Perkenan Solat Di Masjid, Surau Seluruh Perak

M Update, 27/01/2021 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang untuk memberi peluang lebih ramai orang menunaikannya secara berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan…

‘Iron Man’ Buat Kerja Amal, Bantu Mangsa Banjir Di Temerloh

M Update, 27/01/2021 – Kehadiran Mohd Faizal Muda, 36, berpakaian sut lengkap Iron Man ketika membantu mengedarkan barangan keperluan mangsa banjir di Taman Desa, Kuala Krau, berjaya menghiburkan penduduk dan kanak-kanak di situ. Mohd Faizal yang menyertai misi sukarelawan membantu mangsa bencana itu berkata, kehadirannya berpakaian watak adiwira kegemaran kanak-kanak…

Bekas Pesakit COVID-19 Turun Padang Bantu Individu Dalam Kuarantin

M Update, 27/01/2021 – Pengalaman dikuarantin selama 14 hari ketika menjalani rawatan COVID-19, telah memberi inspirasi kepada seorang bekas pesakit untuk turut sama membantu mereka yang dijangkiti wabak itu. Badrol Hisham Zaki, 52, yang pernah dikuarantin tahun lepas dan disahkan sihat sepenuhnya, kini aktif menyantuni pesakit COVID-19 dengan memberi pelbagai…

PKP 2.0 : Kerajaan Perkemas Sistem Kehadiran Penjawat Awam

M Update, 27/01/2021 – Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dalam sistem itu dan yakin ia…