Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kewangan Malaysia

Kastam Tamatkan Pengeluaran Lesen Import Rokok Mulai Januari 2021

M Update, 30/12/2020 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menamatkan pengeluaran lesen import rokok bagi permohonan baharu bermula awal Januari 2021. Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata pengimport rokok sedia ada masih dibenarkan membuat pembaharuan lesen masing-masing. Beliau berkata, tindakan itu bertujuan memperketat pembaharuan lesen…

KWSP Tetap Tarikh Baru, Kepada Majikan Buat Caruman

BuM Update, 30/12/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan semula tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib kepada 15 haribulan bermula Januari 2021. KWSP dalam kenyataannya berkata, langkah itu selaras dengan tarikh asal bayaran caruman yang ditetapkan KWSP. Dana persaraan pekerja swasta itu sebelum ini melanjutkan tarikh bayaran caruman…

Kerajaan Berjaya Mengutip RM400 Juta Cukai Perkhidmatan Digital

M Update, 29/12/2020 – Kerajaan sehingga kini berjaya mengutip RM428.07 juta daripada penyedia perkhidmatan digital selepas Cukai Perkhidmatan Digital dikuatkuasakan awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri. Beliau berkata antara penyedia perkhidmatan digital popular dikenakan cukai itu termasuk Netflix, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan…

Lebih 1,000 Graduan Muda Bakal Terima Manfaat Skim MyJob@WilayahPrihatin

M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…

Dewan Negara Lulus 5 Rang Undang-undang

M Update, 28/12/2020 – Dewan Negara hari ini meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) termasuk Rang Undang-Undang Kewangan 2020, Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020, dan Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020. Turut diluluskan Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2020. Rang Undang-Undang Kewangan…

Kerajaan Tambah Baik Pengurusan Data & Strategi Integrasi Data

M Update, 28/12/2020 – Kerajaan berusaha mengurangkan ketirisan cukai sebagai antara strategi bagi menambah baik pentadbiran cukai di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah. Bagi tujuan itu beliau berkata, penambahbaikan akan dilakukan menerusi pengurusan data dan strategi integrasi data dengan agensi-agensi berkaitan. “Antara strategi lain adalah mengurangkan amalan kurang lapor…

Permohonan i-Sinar KWSP Berjalan Lancar

M Update, 24/12/2020 – Semua permohonan untuk kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka pada Isnin lalu setakat ini berjalan lancar, sama ada secara digital atau fizikal. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data…

KDN Terima Permohonan Kenaikan Gaji & Elaun PDRM

M Update, 23/12/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima permohonan mengenai kenaikan gaji dan elaun pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Bagaimanapun katanya, suatu kajian menyeluruh mengenai perkara itu perlu dijalankan bagi memastikan kenaikan itu meliputi semua skim perkhidmatan PDRM.…

Tiada Pengecualian Setem Untuk Pindah Milik Hartanah

M Update, 17/12/2020 – Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau menjelaskan berdasarkan ketetapan sedia ada, pengecualian duti setem seratus peratus hanya diberikan atas pindah milik antara suami dan isteri…