Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Pertahanan Malaysia

Aktiviti Sukan Di Sekolah Dibenarkan Bermula 1 September

M Update, 18/8/2020 – Mulai 1 September ini, aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah dibenarkan dengan garis panduan ketat termasuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid. Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah yang diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan…

Rakyat Malaysia-Singapura Kembali Rentas Sempadan Hari Ini

M Update, 17/8/2020 – Selepas hampir enam bulan ditutup, Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, kini kembali dilalui rakyat Malaysia dan Singapura untuk merentas sempadan, hari ini. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,060 rakyat kedua-dua negara dibenarkan merentas sempadan setiap hari mulai hari ini, namun perlu mematuhi…

Pelitup Muka: Orang Ramai Boleh Rayu Kompaun – Ismail Sabri

M Update, 17/8/2020 – Mereka yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka masih boleh merayu pengurangan denda tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari semalam. Justeru itu katanya tiada keperluan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan mengurangkan jumlah kompaun…

Belum Sedia Buka Pintu Sempadan – Ismail Sabri

M Update, 14/8/2020 – Kerajaan masih belum bersedia membuka pintu sempadan negara berikutan kes pandemik COVID-19 masih belum reda di kebanyakan negara di seluruh dunia. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk ke negara ini…

Larangan Pergerakan Keluar Masuk Di Kawasan Temco Kedah, Perlis – Ismail Sabri

M Update, 13/8/2020 – Penduduk setempat dan orang luar dilarang melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah dan Perlis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kawalan sepanjang masa dan akan mengambil tindakan terhadap…

Temco Dilaksana Di Kampung Kuala Sanglang Dan Kampung Tanah Timbul

M Update, 10/8/2020 – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis bermula hari ini hingga 31 Ogos ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Menteri pagi ini…

Pelajar B40 Layak Pengecualian Kos Kuarantin Wajib – Ismail Sabri

M Update, 4/8/2020 – Hanya pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40), selain pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh memohon pengecualian pembayaran kos kuarantin. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaik pelajar terbabit tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa…

Kompaun Tidak Dikenakan Bagi Kenderaan Persendirian

M Update, 3/8/2020 – Saman yang dikenakan terhadap individu kerana tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian akan dibatalkan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam, pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan bagi kenderaan persendirian. “Semalam, ada yang disaman (tidak memakai pelitup muka) ketika berada di…

Penggunaan Aplikasi MySejahtera Diwajibkan Di Semua Premis Perniagaan

M Update, 3/8/2020 – Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun penggunaan aplikasi lain sebagai tambahan adalah dibenarkan. “Pejabat Peguam Negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.…