Input your search keywords and press Enter.

Tag

Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 Bermula Hari Ini

M Update, 20/11/2022 – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 akan bersidang secara rasmi selama dua hari bermula hari ini di Istana Negara. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan mempengerusikan mesyuarat yang dijadual berlangsung jam 10.30 pagi ini. Kali terakhir  Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 29 Jun…

Raja-Raja Melayu Sependapat Darurat Perlu Ditamatkan 1 Ogos

M Update, 16/06/2021 – Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Raja-Raja Melayu juga sependapat program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi supaya mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus…

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Berlangsung Hari Ini

M Update, 16/06/2021 – Pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas hingga semalam akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu dalam satu perbincangan khas di Istana Negara hari ini. Beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan,…

Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Diharap Rungkai Kemelut Politik Negara

M Update, 28/2/2020 – Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah. Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lepas, dilihat seperti akan berpanjangan.  Hari ini Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat. Keputusan daripada mesyuarat ini pastinya penting, antaranya difahamkan berhubung…

Tanam Pokok Cempaka Kuning Simbolik Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256

M Update, 19/2/2020 – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 bermula hari ini dengan menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok Cempaka Kuning di perkarangan Istana Negara, sebagai simbolik mempengerusikan mesyuarat itu.  Upacara kali kedua penanaman pokok itu adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kali pertama upacara itu…

Sultan Kedah pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

M Update, 27/2/2019 – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara di sini. Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu. Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Perak, Sultan…