Input your search keywords and press Enter.

Tag

PM

Kerajaan pertimbang tukar sistem cukai galak penggunaan produk tempatan – PM

M-Update,16/4/2019, CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan menukar sistem percukaian di negara ini dalam usaha menggalakkan penggunaan produk tempatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak tahu mengapa dasar kerajaan ketika ini lebih cenderung menggalakkan import berbanding eksport. “Saya tidak tahu kenapa kerajaan mempunyai dasar yang dilihat…

Kereta api laju bukan keperluan mendesak – Tun M

M-Update,16/4/2019, CYBERJAYA: Tiada keperluan mendesak pada masa ini bagi Malaysia untuk membina kereta api berkelajuan tinggi (HSR), kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk meningkatkan jaringan sistem kereta api menerusi teknologi elektrik dan penggunaan landasan berkembar. “Pada masa ini, kereta api berkelajuan…

Rajin, ilmu, amanah untuk pacu kejayaan – Tun M

M-Update,2/4/2019, SHAH ALAM: Sesuatu bangsa perlu berpegang kepada tiga nilai hidup iaitu kerajinan, mengejar ilmu dan sikap amanah jika mahu memacu kejayaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, dengan hanya menguasai ilmu pengetahuan tanpa kerajinan, seseorang itu tidak mungkin berjaya, berbanding seseorang yang tiada ilmu tetapi rajin mengejar…

Malaysia tidak isytihar perang perdagangan terhadap EU – PM

M-Update,27/3/2019, LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU), namun hanya memaklumkan kepada dunia mengenai masalah dihadapi negara berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel. Perdana Menteri berkata, negara tidak mengisytiharkan perang perdagangan dengan EU apabila beliau menyatakan bahawa…

Peruntukan untuk PDRM miliki kelengkapan terkini – Dr Mahathir

M-Update,25/3/2019, KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap menyalurkan peruntukan diperlukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun membabitkan kos tambahan bagi memastikan polis mempunyai kelengkapan yang sesuai dan terkini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan prihatin terhadap keperluan pasukan polis untuk meningkatkan keupayaannya terutama apabila beban tugas semakin mencabar. “Berdasarkan perkembangan…

PM nafi Siti Aisyah bebas melalui rundingan

M-Update,12/3/2019, KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam semalam atas rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. “Ini keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dia…

Malaysia nyata komitmen bantu Bangsamoro

M-Update,8/3/2019, MANILA: Malaysia menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang di sini hari ini, berkata penubuhan BARMM tahun lalu membantu…

MA63: Tak banyak perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan, negeri

M-Update,6/3/2019, PUTRAJAYA: Tidak banyak perbezaan pendapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak timbul pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, beberapa kertas kerja berkenaan pelbagai fungsi kerajaan dibentangkan pada mesyuarat itu, dan…

Sikap toleransi pupuk kemakmuran negara

M-Update,18/2/2019,SEREMBAN: Malaysia berjaya membangun dengan pesat hasil sikap toleransi pelbagai kaum yang terdapat di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata sikap itu harus terus dipupuk supaya dapat menghasilkan lebih banyak nikmat dan kemakmuran kepada negara. “Kita dapat lihat banyak negara lain, walaupun mempunyai agama yang sama…