Input your search keywords and press Enter.

Tag

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Penjara Punyai 2 SOP, Kekang Penularan COVID-19

M Update, 22/12/2020 – Jabatan Penjara mempunyai dua prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di institusi itu yang melibatkan penerimaan banduan baharu serta pengiringan banduan, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata SOP itu bagi menjamin keselamatan banduan, kakitangan penjara serta…

PDRM Laksana Ops Lampu Isyarat Merah Bermula Hari Ini

M Update, 16/12/2020 – Polis Diraja Malaysia melaksanakan Ops Lampu Isyarat Merah mulai hari ini susulan ramai pengguna jalan raya didapati tidak mematuhi peraturan lalu lintas terutamanya tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata  operasi sehingga 31 Dis itu bertujuan…

PDRM Nafi Dakwaan Pengurusan Genting Highlands ‘Sorok’ Pekerja Positif COVID-19

M Update, 15/12/2020 – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata hasil saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kesemua pekerja terlibat negatif COVID-19, namun ditempatkan di…

Perintah Berkurung Perairan ESSZone Lanjut Hingga 31 Dis 2020

M Update, 15/12/2020 – Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 31 Dis ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di…

Punca Kematian Arwah Adib Bakal Terjawab

M Update, 15/12/2020 – Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. “Kedudukan sama ada (wujud) penyebab sehingga berlaku…

Seekor Kucing Mati Tersepit Di Pintu ‘Roller Shutter’

M Update, 14/12/2020 – Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi. Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi…

IPD Belaga Musnah Terbakar

M Update, 14/12/2020 – Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran musnah 100 peratus dan tiada kematian dilaporkan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Drahman ketika dihubungi…

Datuk Arjunaidi, Ketua Polis Selangor Baharu Berkuat Kuasa Hari Ini

M Update, 14/12/2020 – Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin yang akan bersara wajib esok. Majlis serah terima tugas antara Noor Azam dengan Arjunaidi dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di…

PLUS Jangka Aliran Trafik Meningkat Pada Hujung Minggu Di Selangor

M Update, 11/12/2020 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat semasa cuti hujung minggu yang panjang di Selangor dan menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan lebih awal. Jangkaan peningkatan aliran trafik itu adalah sempena cuti umum sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-73 hari ini, yang menjadi jendela perjalanan pertama bagi…