Input your search keywords and press Enter.

Tag

YDPA

Agong Terima Watikah Lima Perwakilan Asing Ke Malaysia

M Update, 16/1/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, menerima watikah pelantikan lima ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Hiroshi Oka dari…

Perpaduan, Pembangunan Penting Untuk Ummah Hadapi Cabaran – Agong

M Update, 19/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam supaya meningkatkan usaha ke arah perpaduan dan pembangunan bagi mengatasi pelbagai cabaran hidup dalam dunia yang sangat kompleks. “Pada saya, keperluan untuk perpaduan ummah serta membawa pembangunan kepada komuniti kita adalah dua kaedah paling…

Jangan Pandang Remeh Pengorbanan Petugas Keamanan, Kemakmuran – Agong

M Update, 278/2019 – Rakyat Malaysia perlu mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara, termasuk tidak memandang remeh pengorbanan mereka yang menjaga keamanan serta kemakmuran. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah Malaysia sudah meniti pelbagai peristiwa untuk menjadi negara yang berdaulat dan merdeka. “Justeru,…

Al-Sultan Abdullah Terima Anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei

M Update, 19/8/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), iaitu bintang kebesaran tertinggi di negara itu yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada Majlis Menghadap Sultan Brunei di Bilik Laila Kenchana,…

Rakyat Malaysia Perlu Kekalkan Nama Baik, Imej Negara – Titah Agong

M Update, 19/8/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berada hendaklah terus mengekalkan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan etika kerja mulia serta menghormati undang-undang dan budaya tempatan. Titah Seri Paduka selain itu, rakyat Malaysia hendaklah juga…

Agong Serah Watikah Pelantikan Hakim Besar Malaya

M Update, 8/8/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed di Istana Negara, di sini. Pelantikan Azahar yang berkuat kuasa hari ini dibuat selaras dengan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan…

Agong Tubuh Pusat Hemodialisis YASA, Bantu Rakyat Dapatkan Rawatan

M Update, 8/8/2019 – Prihatin terhadap nasib rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menubuhkan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Cheras. Pusat rawatan itu diwujudkan di bawah tajaan YASA, yang merupakan yayasan amal bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan…

YDP Agong Adakan Lawatan Mengejut Ke Jakim

M Update, 7/8/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 9.15 pagi disambut Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Mufti Wilayah…

Agong Prihatin Turun Kenderaan Tanya Mangsa Kemalangan

M Update, 5/8/2019 – Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terserlah apabila baginda turun dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar mangsa kemalangan berhampiran jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim, pagi ini. Perkara itu dikongsikan melalui paparan laman…

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Sambut Rombongan Sultan Brunei

M Update, 29/7/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, hari ini. Turut berangkat menyambut ketibaan pasangan diraja Brunei itu ialah…