Input your search keywords and press Enter.

BENTONG KALI (GENG 04)

Bentong Kali merupakan seorang lelaki india yang diberi nama Kalimuthu A/L Pakirisamy. Anak kelahiran Pahang ini terkenal pada zaman 1990-an kerana dia terlibat dengan 17 kes pembunuhan selain melakukan keganasan dalam menakutkan-nakutkan penduduk Malaysia. Selain itu, dia juga terlibat dalam kes penyeludupan dadah jenis heroin

Dia tidak takut dengan polis kerana dia pernah mencabar polis untuk menangkapnya dan berita ini tersebar menjadi muka depan suratkhabar. Kerjayanya sebagai seorang penjenayah bermula sejak kecil lagi di mana dia pernah ditahan pada umur 14 tahun. Walaupun dipenjara sejak kecil, dia tidak pernah bertaubat dan terus melakukan gejala gangsternya selepas dibebaskan pada umur 19 tahun.

Bentong Kali kembali ke kancah gangsterisma apabila dia menyertai kumpulan gangster cina yang dikenali sebagai Gang 04 di Betong, Pahang. Dia aktif menjalankan jenayah di Brickfields, Segambut, Sungai Way dan Ampang. Dia kemudiannya ditangkap pada Julai 1985 di bawah Ordinan Kecemasan dan ditempatkan di penjara Penang sebelum dibebaskan semula pada 1987.

Dia tidak lagi menyesal namun kali ini dia memilih untuk memulakan kumpulannya sendiri dia Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan kumpulannya masih mempunyai nama yang sama iaitu Gang 04. Kumpulannya bebas menyeludup dadah dan dia pernah ditangkap pada April 1980 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada tahun 1991, dia melakukan keganasan dengan membunuh ramai orang awam yang menyebabkan polis terpaksa melancarkan operasi untuk menangkapnya. Operasi ini dipanggil “Ops Buncit” pada Jun 1993 yang disertai oleh hampir 200 pegawai polis. Kekejamannya memang sangat jahat kerana polis mengatakan bahawa pembunuhannya sekadar untuk memuaskan perasaan sendiri.

Polis akhirnya bertindak siang malam untuk menangkapnya dan maklumat ini disebarkan sehingga ke negara-negara sempadan seperti Thailand kerana dikhuatiri dia akan melarikan diri ke negara lain. Sebanyak RM100,000 ditawarkan bagi sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang Bentong Kali.

Akhirnya polis berjaya menembak mati Bentong Kali selepas mendapat maklumat tempat persembunyiannya di rumah teres Medan Damansara, Kuala Lumpur. Perintah Operasi Khas daripada Bukit Aman diperintahkan kepada polis untuk menyerbu rumahnya pada 29 Jun 1993. Dia ditembak tepat di kepala dan rakan-rakannya juga berjaya dibunuh.

Leave a Reply