Input your search keywords and press Enter.

JENIS PENIPUAN SIBER YANG PALING SERING DILAKUKAN DI INTERNET

Phising

Phising adalah tindakan mencuri data diri / biodata anda, bermula dari nama penuh, tarikh lahir, nama ibu kandung, alamat anda ke nombor kad pengenalan anda. Tujuan dari phising ini adalah untuk mengakses akaun bank mangsa, ataupun untuk menyampaikan mesej yang bersifat fitnah menggunakan identiti mangsa. Phishing biasanya selalu berhubungan dengan SPAM iaitu dikenali sebagai SPAMMER.SPAMMER ini melancarkan serangan ke ribuan hingga jutaan mangsa melalui e-mel atau telefon yang mengaku sebagai pegawai insurans, pegawai bank, pihak yang menjalani kegiatan phishing ini boleh mengambil data menggunakan teknologi. Beberapa contoh dari kegiatan Phising ini ialah menggunakan facebook ID,akses akaun Paypal dan juga analisa akaun bank.

Cara cara mengelakkan menjadi mangsa Phising ialah seperti berikut:

Berhati-hatilah terhadap email yang meragukan, apabila pengguna internet mendapat e-mel yang meminta pergi kepada pautan yang lain dan memberitahu untuk mengisi maklumat peribadi.Pengguna disaran untuk menutup email tersebut ataupun terus padam email berkenaan.

Jangan gunakan password umum,  pengguna hendaklah mempunyai password yang belainan untuk setiap akaun dalam talian.Pengguna juga tidak digallakan untuk mengunakan password yang mudah seperti nama,tarikh lahir,ataupun apa apa yang berkaitan dengan butiran peribadi.  

Jika ingin melakukan login ke laman web apapun seperti Facebook,Twitter ataupun laman sesawang yang lain,pengguna disaran untuk menaip alamat URL pada browser ,cara ini lebih selamat dan boleh mengelakan dari mengunjungi laman sesawang yang boleh menjerat pengguna. Paypal, Ebay, Facebook, sebaiknyalangsung mengunjungi web mereka dengan cara menaip alamat URL pada web browser dan jangan melalui pihak ketiga, misalnya E-Mail, via Chat, dll.

Mangsa utama jenayah siber

Mangsa sasaran utama jenayah siber ini kebanyakkan adalah golongan wanita.  Kecenderungan golongan ini menggunakan telefon pintar untuk menguruskan kerja dan bersosial. Pengunakan media sosial dengan cara yang tidak selamat boleh mendedahkan diri sebagai mangsa ancaman siber. Aktiviti seperti swafoto yang kerap dilakukan oleh sebilangan wanita tidak seharusnya dikongsi pada orang ramai dengan mudah. Ini bagi mengelakkan ancaman yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Kita perlulah mengambil langkah berjaga jaga dan memastikan gambar atau bahan lain tidak dikongsi atau dirakam dan muat naiknya di media sosial untuk tatapan umum.

Ebay Scam

Ebay SCAM ini cuba untuk menjual barang dengan harga yang jauh di bawah pasaran sehingga orang tertarik untuk membeli tanpa perlu berfikir panjang. Biasanya barang yang dijual mempunyai harga di atas $ 1,000 seperti TV Plasma, LCD, Spare Part Motor dan Kereta dan lain sebagainya. Setelah mangsa melakukan transaksi dan proses pembayaran telah selesai, biasanya barangan yang dihantar adalah barangan palsu atau bahkan barang rosak atau yang lebih parah lagi, tidak menghantar apa-apa.

Cara mengelakkan EBAY SCAM:

Cuba bandingkan harga barangan yang ingin anda beli dengan pelbagai sumber yang boleh dipercayai, apabila beza harga terlalu mencolok sebaiknya langsung dielakkan

Semak kelengkapan dokumen kesahihan dan lihatlah testimonial

Cubalah untuk selalu menelefon mereka, apabila tidak mempunyai contact phone langsung ignore sahaja

Namun ingat, ada beberapa perkara yang lebih berbahaya, iaitu seorang SPAMMER yang berjaya mendapatkan akaun EBAY yang sangat dipercaya (Powerseller). Apabila anda ingin berdagang dalam jumlah yang besar sebaiknya bertemu langsung atau datangi tempat usahanya.

Nigeria Letter

Sebahagian besar jenis penipuan ini berasal dari Nigeria, sehingga disebut sebagai Nigeria Letter. Anda mungkin pernah mendapatkan sebuah E-Mail yang sangat mengejutkan berisi tentang ajakan untuk membantu dalam pengubahan wang haram, di mana anda akan dilibatkan dan diberi komisyen dengan nilai yang sungguh luar biasa, atau seorang peguam yang memegang harta clientnya yang telah tewas sekeluarga sehingga bingung harta warisannya akan jatuh ke tangan anda. Kesamaan dari jenis penipuan ini adalah kemestian anda membayar cukai terlebih dahulu sebanyak beberapa peratus daripada nilai yang akan anda dapatkan, apabila cukai anda bayar, mereka akan hilang bersama wang anda.

Beberapa perkara yang perlu anda elakkan:

Apabila mendapatkan E-Mail yang isinya bercerita tentang hal-hal seperti di atas, sebaiknya terus di padam tanpa follow up.

Apabila mendapati adanya kata-kata seperti Bank of Africa, African Development Bank, atau apa-apa jua yang berkaitan dengan Bank yang berasal dari negara apapun di Africa langsung saja di hapus. Kerana saya yakin anda tidak ada urus niaga atau deal apapun dengan orang Africa.

Jika anda disuruh untuk memindahkan sejumlah wang untuk alasan apapun walaupun dapat dibuktikan dengan gambar dan data yang lengkap, janganlah tertipu, ini hanya tipuan.

Online Lottery

Perniagaan Online Lottery dan Nigeria Letter mempunyai skim yang sama dengan helah yang sama pula namun dengan chase yang berbeza. Untuk Online Lottery anda dibuat tergiur bukan kerana harta warisan, tetapi oleh wang daripada menang Loteri yang tidak pernah anda ikuti sama sekali.

Ponzi Scheme

Perniagaan Online Ponzi adalah nama orang yang melaksanakan skim ini. Ini adalah skim penipuan berstruktur namun pasti akan ketahuan. Salah satu Pelaku Ponzi terbesar yang terbuka pada abad ini adalah Bernard Madoff yang telah berjaya menipu sebanyak $ 40 bilion. Skema dari Ponzi adalah, menawarkan sebuah program pelaburan dengan bunga / Return of Investment yang menguntungkan, dan anda akan mendapat hasil dari mangsa berikutnya. Ketika sudah tidak ada member baru / mangsa baru, maka jenis penipuan ini akan terungkap.Untuk mengelakkan hal ini sangatlah sukar, kerana sebuah syarikat yang mempunyai dokumen legal pun tetap melakukan penipuan ini.

HYIP

HYIP atau High Yield Investment Program, adalah salah satu jenis program yang menggunakan skim Ponzi. 90% daripada HYIP adalah bohong dan 10% selebihnya menunggu mangsa untuk dicap sebagai pembohong, mengapa? Bos HYIP biasanya menggunakan modal yang besar untuk mendapatkan dana yang besar pula. Mereka rela membayar member mereka selama beberapa tahun untuk meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan calon investor, sehingga pelabur yang tidak berhati-hati akan terus melakukan pelaburan secara besar-besaran.

Money Game

Program member get member yg menginvestasikan wang kita dan kita mendapatkan komisen dari mangsa-mangsa berikutnya yang mendaftar.

Leave a Reply