M Update, 18/1/2019 – Seorang rakyat Amerika yang terbunuh dalam serangan di Nairobi, Kenya kemaren diberi penghormatan terakhir oleh kawan-kawan dan keluarganya. Jason Spindler terbunuh dalam serangan keganasan pada Selasa lalu. Penyerang yang digelar kumpulan Al-Shabaab membunuh sekurang-kurangnya 21 orang awam ketika mereka menyerang sebuah kompleks hotel mewah dengan pengeboman bunuh diri dan tembakan secara rambang.
Ibu bapa Jason terbang ke Kenya bagi menuntut jenazah anak mereka. Jason, seorang bekas jurubank bahagian pelaburan pernah dikaitkan sebagai seorang yang bernasib baik dalam serangan World Trade Centre pada 11 September 2001 kerana beliau terlambat pergi kerja pada hari kejadian.
“Jason adalah seorang anak yang baik” kata ibu bapanya. “Jika anda berjumpanya, anda akan tahu lelaki ini berupaya mengubah dunia dan dia mempunyai cara untuk membantu, semua orang menyukainya” kata ayahnya, Joseph.
Ketika kejadian, Jason sedang makan tengah hari seorang diri dalam kompleks hotel itu. Seorang pengebom berani mati meletupkan diri berdekatan dengan tempat Jason makan. Pejabat Jason terletak dalam kompleks tersebut.
Pasukan palang merah berkata semua mangsa sudah dijumpai dan orang awam tidak dibenarkan untuk ke kompleks tersebut dimana terdapat polis melakukan kawalan ketat. Polis percaya masih ada bom yang tidak diletupkan dan polis masih melakukan siasatan menyeluruh.
Sumber: CBS News