Input your search keywords and press Enter.

MAT KOMANDO (GENG 13)

Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan Unit Komando Elit Tentera Diraja Malaysia. Selepas dua tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya.

Selepas dia berhenti menjadi tentera, dia melakukan kerja-kerja berpendapatan rendah seperti menjadi pemandu lori, teksi dan bas. Kerja-kerja ini hanya dilakukan untuk menampung dirinya dan keluarga tetapi disebabkan kerja-kerja ini tidak mungkin tidak menguntungkan, dia mengambil keputusan untuk bertukar haluan.

Namun siapa sangka, pekerjaan seterusnya merupakan kerjaya yang berbahaya kepada masyarakat. Dia menubuhkan Gang 13 iaitu kumpulan gangster yang mengikuti gaya ala ketenteraan disebabkan latar belakangnya yang sebegitu. Gang 13 melakukan rompakan pertamanya di ladang kelapa sawit di mana pemilik ladang tersebut menyimpan wangnya berdekatan ladang tersebut.

Betapa ciliknya Mat Komando kerana tidak merompak bank sebaliknya merompak tempat-tempat yang mampu memberi wang yang banyak tetapi dalam masa yang sama tidak begitu berisiko kerana tiada kawalan ketat di ladang berbanding kawalan yang sangat ketat di bank.

Rompakan demi rompakan memberi keyakinan dan terus melakukan rompakan bersiri. Rompakan mereka kesemuanya lebih kurang 50 rompakan semua sekali dan mereka berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM2 juta lebih. Gang 13 ini menggunakan senjata yang terkenal dalam kalangan tentera iaitu M16 semasa rompakan yang berlaku antara 2001 hingga 2002.

Walaupun mereka tidak berjaya ditangkap pada awalnya, polis telah melancarkan Operasi Api Sawit bagi menangkap kumpulan ini. Disebabkan kecuaian mereka semasa rompakan kerana mereka tidak memakai topeng, ini memudahkan kerja polis untuk menangkap mereka.

Pada suatu hari, Mat Komando bercuti di resort yang terkenal di Kedah tetapi disebabkan penjaga kaunter resort itu mengecam mukanya, dia terus menghubungi polis. Laporan itu menyebabkan berlakunya kejadian tembak menembak dan akhirnya polis berjaya memberkas beberapa ahli Gang 13. Malangnya, Mat Komando dan seorang rakannya berjaya melarikan diri.

LOKASI MAT KOMANDO DITEMBAK MATI

Polis mendapat maklumat bahawa mereka berdua akan berjumpa di satu rumah tetapi mereka berjaya melarikan diri. Disebabkan maklumat ini tersebar kepada polis, Mat Komando berasa marah dan membelasah rakannya. Namun tindakannya itu membawa padah kerana rakannya takut akan dibunuh oleh Mat Komando, jadi dia menyerah diri kepada polis sebelum melaporkan lokasi Mat Komando.

Lokasi tersebut merupakan sebuah kampung di Baling, Kedah dan pada 12 September 2002, 10 ahli unit tindakan khas polis bersama Unit Tindakah Khas (UTK) menyerbu kampungnya. Mat Komando akhirnya tewas dan mati ditembak selepas bertarung mati-matian dengan polis.

Leave a Reply