M Update, 18/1/2019 – Suami Queen Elizabeth II, Putera Philip, 97 tahun terkejut dan menggigil setelah terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkan kereta Land Rovernya terbalik, lapor seorang saksi.
Putera Philip keluar dari kereta tanpa kecederaan tetapi dua lagi yang dalam kereta tersebut cedera dalam kemalangan yang berlaku hari ini ketika Putera itu memandu dekat Estate Sandringham, menurut polis dan kenyataan Istana Buckingham.
Polis Norfolk berkata kereta yang terlibat dalam kemalangan itu dinaiki dua wanita dan mereka yang memandu Kia masing-masing cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Tiada pengesahan mengatakan ada bayi dalam kereta wanita tersebut.
BBC melaporkan bahawa kereta Putera Philip terlanggar selepas keluar dari jalan masuk Sandringham ke jalan utama dan bertembung dengan Kia tersebut. Seorang saksi Roy Warne, 75, memberitahu akhbar The Sun bahawa dia menarik Putera Philip keluar dari keretanya yang terbalik tetapi berada dalam keadaan terkejut dan menggigil.
“Saya melihat kereta itu terbalik” katanya sambil bergegas terus membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan itu dan kemudian baru menyedari ia adalah Putera Philip.
“Duke of Edinburgh terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kenderaan lain petang ini,” kata istana dalam satu kenyataan.
“Putera tidak cedera, kemalangan itu berlaku berhampiran dengan Estate Sandringham.
Putera Philip kemudian dihantar berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan langkah berjaga-jaga. Ujian pernafasan juga turut dilakukan.
Putera Philip dilahirkan sebagai putera dari Greece dan Denmark, kemudian berkahwin dengan Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey di London.
Sumber: AFP News