Input your search keywords and press Enter.

KEPIMPINAN UMAR AL-KHATTAB (UMAR DAN MENTERI-MENTERINYA).

Antara syarat ingin menjadi menteri Umar Al-Khattab ialah pada hari pertama ingin menjadi menteri mereka perlu mengisytiharkan harta samasa dilantik dan sebelum dilantik. Sekiranya menteri ingin meletakkan jawatan, mereka perlu memastikan harta mereka sama banyak seperti semasa mereka dilantik ataupun kurang. Sekiranya harta mereka berlebihan dari jumlah semasa mereka dilantik, maka harta lebihan itu perlu diserahkan kepada Baitulmal. Semasa zaman kepimpinan saidina Umar, para sahabat dipaksa untuk menjadi jemaah menteri kerana para sahabat tidak sesekali ingin memegang sebarang jawatan walaupun pada masa itu kekayaan Baitulmal umat Islam ketika itu adalah satu perempat kekayaan dunia.

Disebabkan keadilan Umar, semua para menteri bersifat adil seperti Umar.  Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah membawa kain untuk seluruh penduduk di Madinah. Setiap penduduk di Madinah mendapat satu bahagian setiap seorang termasuk Saidina Umar Presiden Negara Islam pada waktu itu. Saidina Umar merupakan seorang yang tinggi dan daripada kain tersebut beliau ingin membuat jubah akan tetapi, kain yang diberi tidak mencukupi. Abdullah putera sulung kepada Saidina Umar telah memberi bahagian kain beliau kepada bapanya untuk mencukupkan kain kerana bapanya ingin membuat jubah.

Pada suatu hari, sesudah siap jubah Saidina Umar, beliau mengadakan ucapan di depan penduduk Madinah dengan mengatakan “Wahai Umat Islam, dengar dan taat”. Salman Al-Farisi bangun dan mengatakan “Dengar pun tak nak, faham pun tak nak”. Perangai para Sahabat, andai Sahabat lain buat salah pada waktu itu juga mereka akan menegur.  Kemudian Saidina Umar bertanya, “kenapa wahai Salman, dengar pun tak nak faham pun tak nak?”. Salman pun berkata “kami semua dapat seorang satu bahagian kain tetapi kamu mendapat dua bahagian”. Sahabat menegur bukan kerana mereka teringinkan kain itu akan tetapi ia untuk membetulkan kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pemerintah. Kemudian Saidina Umar meminta putera sulungnya Abdullah untuk bengun bagi menjawab pertanyaan Salman. Kemudian Abdullah menjawab “ayahku ini orangnya besar dan tinggi, dia mendapat satu bahagian dan aku mendapat satu bahagian dan apabila kain untuk ayahku membuat jubah tidak cukup aku memberi bahagian aku kepadanya”. Kemudian Salman berkata “sekarang kami akan dengar dan kami akan patuh”.

Berdasarkan perkongsian tentang kisah kepimpinan Saidina Umar, apabila pemimpin yang mentadbir, mengurus, atau memerintah sesuatu kerajaan ataupun negara itu adil, maka keadilan itu pasti meresap masuk kebawah kerana rakyat, masyarakat dan menteri-menteri akan hidup sebagaimana cara pemimpin mereka memerintah.

Leave a Reply