M Update, 23/1/2019 – Kerajaan Venezuela menaja penerbangan untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin yang tinggal di Ecuador, kata seorang wakil rasmi kerajaan Venezuela pada hari Selasa. Ia berikutan selepas pembunuhan seorang wanita Ecuador oleh seorang lelaki Venezuela yang mencetuskan kawalan ketat dan tindakan kekerasan oleh penguatkuasa.
Insiden pembunuhan berlaku pada malam Sabtu lalu di bandar Ibarra utara dan berlaku peningkatan serangan serta ketegangan terhadap Venezuela berkaitan penghijrahan Ecuador. Seperti yang berlaku di negara-negara Amerika Selatan yang mana telah menerima hampir 3 juta rakyat Venezuela yang melarikan diri disebabkan kejatuhan ekonomi sejak 2015.
“Kebanyakan Venezuela yang berada di Ibarra ingin kembali,” kata Pedro Sassone, wakil kedutaan Venezuela di Ecuador. Lima penerbangan komersial dirancang minggu ini untuk membawa pulang pendatang haram.
“Venezuela di Ibarra sedang dipecat dari pekerjaan mereka kerana berlaku xenofobia, dan inilah diskriminasi” tambahnya lagi.
Sumber: Reuters