M Update, 23/1/2019 – Seorang anggota perkhidmatan ketenteraan Amerika Syarikat terbunuh dalam satu pertempuran di Afghanistan pada hari Selasa, menurut satu kenyataan A.S tanpa memberikan butiran tambahan.
“Insiden itu sedang disiasat … Kami akan berkongsi maklumat tambahan yang sesuai,” kata kenyataan itu.
“Selaras dengan dasar Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, nama anggota perkhidmatan yang terbunuh itu akan dikeluarkan selepas 24 jam siasatan selesai. Kini hanya waris terdekat sahaja yang diberi maklumat,” kata Pentagon.
Sumber: Reuters