Input your search keywords and press Enter.

Polis Berkas Jururawat Rogol OKU

M Update, 24/1/2019 –┬áSeorang jururawat lelaki ditahan di Arizona, selepas disyaki menyerang wanita kurang upaya yang bersalin di sebuah pusat penjagaan di sini, iaitu satu insiden yang mengejutkan negara itu.

Polis menganggap wanita berusia 29 tahun itu tidak mampu memberikan persetujuan ketika kejadian berlaku, namun beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu, sekali gus mendorong siasatan dibuat ke atas insiden berkenaan.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, dilaporkan berada dalam keadaan kurang upaya tetapi keluarganya menyangkal laporan terbabit.

Jurucakap polis Phoenix, Sarjan Tommy Thompson dalam satu sidang media, berkata suspek yang dikenali sebagai Nathan Sutherland, 36, didakwa atas tuduhan serangan seksual, selain satu tuduhan mendera orang dewasa yang lemah.

Menurut polis, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas Sutherland menunjukkan ia sepadan dengan bayi lelaki terbabit, sekali gus menjadi faktor utama penahanannya.

Pihak berkuasa berkata, Sutherland yang memiliki lesen sebagai jururawat turut bertanggungjawab menyediakan penjagaan terhadap mangsa, ketika serangan seksual itu dilaporkan terjadi.

Beliau juga dikatakan sudah bekerja di pusat penjagaan swasta, Hacienda HealthCare di Phoenix, selama lapan tahun.

Sumber: AFP, berita Harian

Leave a Reply