Input your search keywords and press Enter.

Usia Muda Dah Bunuh Lima Orang

M Update, 24/1/2019 – Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya lima orang pada hari Rabu di sebuah bank di Sebring, Florida, kata polis. “Kami mempunyai sekurang-kurangnya lima mangsa, orang yang tidak bersalah turut dibunuh,” kata ketua polis, Karl Hoglund dalam satu sidang akhbar.

“Penembak yang dituduh itu dikenalpasti sebagai penduduk Sebring bernama Zephen Xaver, berusia 21 tahun telah ditahan polis” kata Hoglund.

Selepas kejadian tembak, Xaver mengurung diri dalam bank itu yang kemudiannya tidak dapat melarikan diri kerana dikepung polis. Akhirnya Xaver, seorang pelajar Bremen High School pada tahun 2013 itu menyerah diri kepada pasukan SWAT.

Media melaporkan mangsa belum dikenalpasti dan ahli keluarga tidak diberitahu, dan polis mengatakan bahawa hanya lima orang pelanggan bank ada pada masa kejadian tersebut.

Polis masih menyiasat motif kejadian tersebut dan tidak jelas mengapa remaja itu menembak secara rambang dan menyasarkan bank.

Amerika Syarikat sering berlaku tembakan dan keganasan senjata yang telah membunuh hampir 40,000 orang pada tahun 2017, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan.

Walaupun perkara itu menjadi masalah, usaha perundangan untuk mengatasinya menemui jalan buntu selama bertahun-tahun di peringkat persekutuan disebabkan penentangan terhadap undang-undang senjata api yang lebih ketat dari National Association of Rifle dan penyokongnya.

Sumber: The Daily Beast

Leave a Reply