M Update, 25/1/2019 – Syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran penangguhan jadual penerbangan akan meningkat sekiranya operasi kerajaan ditutup dengan lebih lama lagi.
Namun, mereka masih menjangkakan mampu meraih keuntungan pada tahun ini.
Eksekutif di American Airlines, Southwest Airlines dan JetBlue Airways meluahkan kekecewaan apabila krisis shutdown sudah memasuki hari ke-34 sehingga menyebabkan pekerja penerbangan terpaksa bekerja tanpa gaji.
“Pada tahap ini, kami belum melihat impak ketara terhadap operasi kami atau jumlah tempahan kami.
“Bagaimanapun kami semakin bimbang berhubung kesan shutdown terhadap perjalanan udara yang efisien dan selesa serta ekonomi secara keseluruhannya,” kata Ketua Eksekutif JetBlue, Robin Hayes.
Sumber: Utusan