Input your search keywords and press Enter.

Ular Sawa Suka Wanita Australia

M Update, 25/1/2019 – Seorang wanita Australia melompat dari tandas selepas digigit ular sawa, kata seorang penjaga reptilia. Helen Richards semasa sedang membuang air terasa seperti ada gigitan dan pada masa itu keadaan gelap. Kejadian berlaku dirumah saudaranya di Brisbane. Dia hanya luka kecil digigit ular sawa batik sepanjang 5 kaki (1.5 meter).

Pengendali reptilia, Jasmine Zeleny yang menangkap reptilia itu berkata ia adalah perkara biasa kerana ular akan mencari air dalam tandas semasa cuaca panas.

Richards memberi tahu media dia terasa seperti patukan yang kuat dan terus melompat kerana tandas gelap. “Saya berlari keluar dan kemudian baru membuka lampu dan kembali lihat rupa-rupanya ular sawa batik itu sedang berada dalam mangkuk tandas” katanya kepada media.

Zeleny berkata Richards telah merawatluka gigitan kecil dengan antiseptik, menggambarkan sawa batik sebagai tidak berbahaya.

Sumber: BBC News

Leave a Reply