Input your search keywords and press Enter.

OPERASI BAMBOO BANJARAN TITIWANGSA -TRAGEDI MELAWAN KOMUNIS

OPS Bamboo di Banjaran Titiwangsa pada tahun 3 September 1976 tidak dapat dilupakan oleh Ahmad Dahalal Hashim, 55.Tragedi pada petang itu sungguh menyayat hatinya kerana seorang pegawai Komando 69, Asisten Supritendan Mohd. Zabri Abdul Hamid gugur di depan matanya.

“Saat-saat melihat kaki kiri Mohd. Zabri berkecai dari paras lutut terkena jerangkap samar tidak boleh dilupakan apatah lagi ia turut diiringi dengan suaranya yang menjerit kesakitan,” jelasnya yang masih menyimpan perasaan marah terhadap kekejaman pengganas komunis ketika itu.Ahmad Dahalal ataupun lebih dikenali sebagai Ustaz ketika itu berada di kedudukan paling hampir dengan Mohd. Zabri.Nasibnya amat baik kerana tidak turut menjadi mangsa jerangkap samar.

Melihat kejadian yang mencemaskan itu, Ahmad Dahalal yang merupakan seorang anggota Unit Semboyan tidak hilang punca malah bertindak menghubungi markas untuk meminta bantuan helikopter.Selepas itu, beliau bersama anggota operasi Ops Bamboo cuba membantu Mohd. Zabri, tetapi beliau meninggal dunia di tengah-tengah hutan belantara itu.

Mohd. Zabri telah masuk ke lokasi Ops Bamboo bagi membantu mengeluarkan dua anggota pasukan itu yang cedera selepas bertempur dengan sekumpulan kira-kira 40 pengganas komunis sehari sebelum ini.

“Tidak sampai 10 langkah kami bergerak untuk mencari kawasan lapang untuk menunggu bantuan, Mohd. Zabri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh komunis,” katanya yang ditemui di Ulu Kinta, Perak baru-baru ini.Allahyarham terkorban selepas kehilangan terlalu banyak darah.

Inilah adalah antara sembilan pertempuran dengan pengganas komunis yang meninggalkan kesan tragedis di jiwa Ahmad Dahalal sejak beliau menyertai Komando 25 tahun lalu.Lapan lagi pertempuran yang pernah dihadapinya dalam tempoh itu banyak berpihak kepada pasu-kannya kerana mereka seringkali berjaya menembak mati pengganas komunis.

“Saya amat bersyukur kerana dijauhi daripada kecederaan walaupun seringkali terlibat dalam operasi yang membahayakan nyawa,” jelasnya yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan wanita pilihannya, Siti Hajar Md. Darus.Sebaliknya, beliau percaya pernah mencederakan beberapa orang pengganas komunis dalam sembilan pertempuran sengit yang pernah dihadapinya sekitar tahun 1970-an.Semua itu akan menjadi sejarah hidupnya yang tidak mungkin dilupakan.

Beliau yang cukup dikenali di kalangan warga PGK Ulu Kinta, Perak merupakan antara beberapa orang komando paling veteran yang masih berkhidmat dalam pasukan.Sebagai `orang lama’ sememangnya Ahmad Dahalal menyimpan banyak pengalaman, terutamanya membabitkan kes-kes pengganas komunis yang mengancam keselamatan negara ketika itu.Bercerita mengenai latar belakangnya, Ahmad Dahalal memberitahu, kerjayanya dalam Komando 69 bermula pada tahun 1970 iaitu setahun selepas pasukan elit itu ditubuhkan.

Beliau yang berasal dari Kampung Permatang Tiga Ringgit, Seberang Prai telah memilih untuk menyertai Komando 69 kerana mahu mengalami sendiri kelasakan yang diterapkan dalam pasukan itu.

Sebagai `budak kampung’, berkelulusan sehingga tingkatan lima, latihan teruk bukan menjadi masalah besar kepadanya, malah ia amat seronok untuk dilalui.

Oleh itu, sebaik saja menamatkan latihan konstabel di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), beliau terus memohon untuk menyertai Komando 69.Ketika itu usianya telah mencecah 30 tahun tetapi semangat untuk bergelar seorang komando dan menghapuskan pengganas komunis yang sedang aktif ketika itu tidak pernah luntur.“Saya antara 300 rekrut terpilih menyertai unit ini, tetapi selepas menjalani pelbagai ujian hanya 60 orang dipanggil untuk menjalani latihan di Ford Brooke, Kelantan,” katanya.

Pengalaman berjalan memasuki pusat latihan di Fork Brooke amat sukar untuk dilupakan kerana beliau terpaksa berjalan selama tujuh malam, lapan hari sebelum sampai ke pusat tersebut.“Itu saja cara untuk memasuki pusat latihan itu dan kami seramai 60 orang yang mahu bergelar komando tidak berani mengeluh,” jelas beliau yang juga mempunyai kemahiran dalam payung terjun.

Selepas empat bulan berada di kawasan penempatan orang Asli dan tidak dibenarkan berhubung dengan saudara, kumpulannya kemudiannya berjaya menamatkan latihan lasak itu.Beliau terus ditempatkan di Unit Komunikasi di Ulu Kinta sehingga tarikh persaraannya.

Kecemerlangan dalam tugasnya telah menyebabkan beliau dilantik menjadi orang kedua penting dalam unit tersebut dengan pangkat Sarjan Mejar.Menyentuh mengenai tugas di unit tersebut, Ahmad Dahalal berkata, walau pun unit itu tidak `popular’ seperti unit-unit lain, tetapi peranannya cukup besar dalam komando.“Setiap pasukan yang ditugaskan untuk melakukan operasi tidak boleh melakukan operasi sekiranya tidak membawa seorang anggota komando dari Unit Komunikasi.

Leave a Reply