Input your search keywords and press Enter.

Pondok Tol Hancur Dilanggar Wanita

M Update, 30/1/2019 – Seorang wanita berusia 28 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas melanggar pondok tol di Kilometer 8, Plaza Tol Kempas arah selatan, pukul 3 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, mangsa, Tan Kuok Wee maut di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati kenderaan tersebut terbabas sendiri.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply