Input your search keywords and press Enter.

OPERASI KOTA – HELIKOPTER NURI DI TEMBAK JATUH

Helikopter tersebut dalam Operasi Kota untuk memberikan bantuan makanan,peluru,peralatan serta membawa keluar seorang anggota yang tercedera.Pasukan keselamatan membuat operasi, hasilnya terjumpa sebuah kem komunis dan telah di tawan. Sehari sebelum kejadian helikopter di tembak jatuh, seorang anggota tentera telah terkorban dan seorang lagi parah akibat terpijak jerangkap samar.Bantuan dari helikopter di perlukan untuk mengeluarkan mayat dan menghantar anggota yang cedera serta menghantar bekalan makanan, perubatan, bekalan peralatan kepada anggota yang menjalankan operasi.

Pada 26 April 1976, helikopter malang tersebut bergerak ke kawasan operasi, dan antara jam 10.00 pagi ,helikopter tersebut kena serang oleh komunis, helikopter tersebut cuba mengalih dari kawasan sasaran tapi terjatuh dan terbakar.

Mayat mereka hangus rentung, dan cebisan anggota berserakan di kawasan kejadian. Bantuan di hentikan, dan anggota yg ada di bawah di arah cari jalan keluar dengan kekurangan makanan serta peluru.

Leave a Reply