M Update, 8/2/2019 – Seramai dua puluh tiga pelancong dari China selamat dalam kejadian bot laju karam di laut Koh Samet, wilayah Rayong, Thailand. Laporan awal mengatakan bot tersebut yang membawa pelancong-pelancong itu ke sebuah pulau dan terlanggar batu menyebabkan berlaku kebocoran.
Kru bot tersebut tidak dapat mengawal kerana air masuk ke dalam bot terlalu pantas namun tindakan pantas beberapa bot berhampiran menyelamatkan semua pelancong-pelancong itu disamping mereka sememangnya memakai jaket keselamatan.
Sumber: The Nation