Input your search keywords and press Enter.

KECURIAN IDENTITI DI INTERNET

Pencuri identiti adalah seperti peragut jalanan dalam dunia online. Mereka mungkin tidak ‘menyentuh’ kita tetapi mencuri segala maklumat peribadi . Untuk apa? Supaya mereka boleh menggunakan nama, nombor akaun, kata laluan dan sebagainya untuk membuat apa jua pembelian online, perbankan online, hacking dan spamming. Mereka juga boleh suka-suka menghantar gambar atau maklumat peribadi mangsa. Kadang kala, mereka boleh akses maklumat akaun di dalam bank atau guna kad kredit anda untuk pembelian online.

Untuk melindungi diri anda daripada pencuri identiti:

  • Elakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi di dalam blog anda, rangkaian sosial atau laman online lain.
  • Setkan privacy settings kepada ‘kawan’ sahaja (friends only).
  • Elakkan daripada meletakkan nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan di dalam laman web yang tidak anda kenali.
  • Bila muat naik aplikasi (apps) dalam telefon, sila baca terma & syarat. Ya, memang panjang dan membosankan tapi lebih baik anda baca. Ini kerana terdapat aplikasi (apps) palsu yang mendedahkan data peribadi anda.

Leave a Reply