M Update, 14/2/2019 – Sri Lanka mencari ‘tukang gantung’ untuk melaksanakan hukuman bunuh dalam usaha negara itu membanteras penyeludupan dadah.
Tugas yang diiklankan dalam akbar Daily News dengan tawaran gaji sebanyak 36.310 rupee (AS$203.417).
Sri Lanka berusaha mendapatkan kakitangan bagi jawatan tersebut selepas pekerja terakhir bagi tugas itu meletakan jawatannya lima tahun lalu.
Hukaman gantung adalah dibenarkan di Sri Lanka tetapi tidak lagi dilakukan sejak tahun 1976.
Jawatan itu dibuka kepada kaum lelaki warga negara berusia 18 hingga 45 tahun.
Calon perlu memiliki kekuatan mental.
“Tukang gantung’ yang terakhir melepaskan jawatan itu pada tahun 2014 selepas kali pertama melihat tiang tempat gantung dan terkejut.
Seorang lagi pernah diambil bekerja tetapi tidak muncul keesokan harinya.
Sri Lanka mempunyai 1,300 orang yang disenaraikan untuk menjalani hukuman itu termasuk 48 orang berkaitan dengan kesalahan dadah.
Sejak tahun 2004, kesalahan merogol, penyeludupan dadah dan pembunuhan dipertimbangkan sebagai jenayah berat tetapi hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: Malaysia Gazette