Input your search keywords and press Enter.

KEMASUKAN KAUM INDIA DI TANAH MELAYU

Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-­pedagang India dan golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”. 

Walaupun orang India sudah datang ke Malaya sebelum itu, mereka hanya datang sebagai duta kepada tamadun-tamadun besar atau kumpulan pedagang yang menjual barangan yang sukar didapati ketika itu. Berbeza dengan nenek moyang mereka, komuniti India yang hadir ke Malaya adalah disebabkan tawaran untuk bekerja sebagai buruh di kawasan perladangan ataupun mana-mana projek kerajaan ketika itu. Kedatangan mereka ke Malaya juga bukan sesuatu yang berlaku spontan.

Imigran Tamil yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis keturunan bukannya daripada satu keturunan sahaja sebagaimana yang fahami oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier,golongan professional seperti doctor,askar terutamanya Gurkha,pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi.

Imigran india masuk ke Tanah Melayu melalui dua cara iaitu Sistem Buruh Kontrak dan Sistem Kangani. Pada peringkat awal, kemasukan orang India ke Tanah Melayu dikendalikan melalui satu sistem yang dikenali sebagai sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun l820. Di bawah sistem ini, buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk satu tempoh tertentu, biasanya selama lima tahun. Sistem Buruh Kontrak tidak kekal lama kerana didapati lebih bersifat menindas. Buruh-buruh yang dibawa masuk itu diberi layanan yang buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang murah sehingga ada yang Jatuh sakit dan tidak dibayar gaji.

Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen di India. Ejen tersebut akan pergi ke kampung-kampung bagi mendapatkan buruh-buruh India yang ingin datang bekerja di Tanah Melayu. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pemilik ladang yang membuat pesanan. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang telah tetapkan oleh majikan masing-­masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Di bawah sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari dengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kira-kira 250,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.

Sistem Kangani, perkataan ‘kangani’ dalam bahasa Timil bermaksud mandur.Melalui sistem ini, majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing. Buruh-buruh itu diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.       Sistem Kangani berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun 1938 kerana berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kira-kira 250,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.

Leave a Reply