Input your search keywords and press Enter.

PENIPUAN KAD KREDIT

Modus Operandi

Permohonan penipuan

Membuat permohonan kad kredit dengan memalsukan kad pengenalan, slip gaji dan surat pengesahan majikan. Sindiket akan menjadikan rumah kosong yang tidak berpenghuni sebagai alamat penghantaran pos.

Pengambilalihan akaun / Pencurian identiti

Sindiket akan menghubungi ‘Card Centre’ memperkenalkan diri sebagai tuan punya kad dan membuat laporan tentang kehilangan kad. Sindiket akan membuat permohonan tukar alamat dan setelah mendapat kelulusan, bank akan menggantikan kad yang dilaporkan hilang tersebut tanpa pengetahuan pemegang kad asal. Kad yang baru akan diposkan ke alamat sindiket.

Penipuan isu yang tidak diterima (NRI)

Satu kejadian di mana penghantaran kad kredit yag dipohon oleh pelanggan dicuri atau dipintas. Pekerja pos adalah berkemungkinan besar terlibat. Kad asal kemudiannya jatuh ke tangan sindiket, yang memaksimumkan pembelian pada kad kredit. Pengeluaran wang tunai akan berlaku jika terdapat PIN ATM pada kad kredit asal untuk pengeluaran tunai.

Nasihat

  • Jangan memberi pinjam kad kredit untuk sebarang urusan oleh orang yang tidak dikenali.
  • Jangan mendedahkan maklumat atau data kad kredit kepada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan memberikan maklumat atau butiran kepada pihak yang menjanjikan pertolongan untuk pendaftaran kad kredit.
  • Sentiasa berhubung dengan pihak bank untuk mengesahkan kad kredit tidak diterima dalam tempoh yang dijanjikan.

Leave a Reply