M Update, 1/3/2019 – Ooo cacing, ku sangkakan ular!!! Panik cacing disangka ular menyebabkan pemilik rumah segera menghubungi bomba bagi menangkap reptilia berkenaan dalam kejadian di Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.
Dalam kejadian 9.11 malam itu, pihak bomba dari Pasukan Bomba Sukarela dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, satu jentera bomba sukarela dengan tiga anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Setiba di lokasi kejadian, haiwan yang disangka ular itu adalah cacing sepanjang 13 sentimeter sudah ditangkap pemilik rumah.
Pihak bomba kemudian mengambil cacing itu dan membuang di lokasi berhampiran.
Panggilan itu hanya salah faham dan haiwan yang disangka ular itu adalah cacing gelang yang berwarna hitam.
Pihak bomba akan terus memberi respon terhadap semua panggilan kecemasan yang dibuat.
Sumber : Info Berita Semasa