M Update, 1/3/2019 – Pergaduhan di antara dua konduktor kereta api dipercayai punca sebuah lokomotif menghentam penghadang dan meletup di stesen kereta api utama Mesir di sini.
Dalam insiden pada Rabu itu, konduktor lokomotif berkenaan didakwa meninggalkan tren untuk bergaduh dengan konduktor sebuah tren yang menghalang laluannya, menurut laporan Time.com.
Namun konduktor lokomotif itu keluar tanpa memasang brek menyebabkan trennya bergerak laju dan menghentam penghadang lalu meletup. Pemandu itu meninggalkan tren tanpa mengambil sebarang langkah untuk memasang brek,” kata Ketua Pendakwaraya Mesir, Nabil Sadek.
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 47 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di stesen kereta api utama itu. Angka kematian dijangka meningkat.
Susulan kejadian, enam individu ditahan selama empat hari iaitu pemandu tren, pembantunya, seorang lagi pemandu tren serta tiga pekerja kereta api bagi membantu siasatan, menurut kenyataan pihak pendakwaraya.
Sumber : Astro Awani