Input your search keywords and press Enter.

SALAH GUNA MEDIUM INTERNET

Internet, sama ada ia menjadi kemudahan atau mengganggu kehidupan manusia. Di dalamnya terdapat pelbagai maklumat, tetapi pada masa sama, ia mengundang pelbagai anasir yang cuba mengeksploitasi kelemahan manusia.

Pencerobohan siber pula boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti pengintipan, pencerobohan, peperangan dan pengganas siber.

Oleh kerana mereka boleh kekal secara dalam talian tanpa nama, individu merasakan mereka boleh melakukan, memperkatakan atau menyiarkan apa saja yang mereka mahu dan persekitaran sedemikian menyebabkan pemikiran bahawa ada masalah dalam dunia siber.

Serangan ke atas laman web atau blog biasanya dilakukan untuk suka-suka, tetapi akhir-akhir ini, apa yang membimbangkan apabila dunia siber sedang digunakan untuk merekrut individu menyertai kegiatan berbahaya seperti militan.

Oleh itu, wujud pula penggunaan perkataan pengganas siber yang diklasifikasikan sebagai satu siri serangan dianjurkan pada prasarana berkomputer untuk menakut-nakutkan kerajaan atau melumpuhkan rangkaian sistem yang boleh menjejaskan imej, ekonomi serta keselamatan negara.

Keganasan siber bertujuan membangkitkan ketakutan dan serangan yang serius boleh menyebabkan keganasan terhadap sesiapa atau simbol negara.

.

Leave a Reply