Input your search keywords and press Enter.

Gimnas Patah Dua Kaki

M Update, 9/4/2019 – Seorang gimnas berdepan detik ngeri apabila patah kedua-dua kaki ketika terjatuh dalam satu pertandingan di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Samantha Cerio yang mewakili Auburn University itu ditimpa kejadian terbabit ketika melakukan lompatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh hingga patah kaki selain terkehel kedua belah lutut. Akibat daripada pendaratan yang mengerikan itu, Cerio tidak dapat bergerak dan hanya mampu menjerit serta menangis dalam kesakitan sebelum pegawai kejohanan dan rakan sepasukan bergegas membantunya.

Kejadian itu mengejutkan penonton apabila melihat Samantha menjerit kesakitan sebelum diusung keluar untuk menerima rawatan. Dia kemudiannya memuat naik gambarnya di akaun Instagram bersama keterangan gambar memberitahu bahawa ia adalah hari terakhir buatnya bergelar sebagai seorang gimnas.

Cerio mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya kerana memberi sokongan selama ini dan menambah bahawa dia tidak terlintas untuk menamatkan kariernya sebagai gimnas tetapi berlaku sebaliknya. www.rt.com

Leave a Reply