M Update, 19/04/2019 – Seorang wanita terbunuh selepas terkena tembakan ketika tunjuk perasaan di bandar Londenderry di utara Ireland semalam, menyaksikan polis turut diserang dengan bom petrol.
Polis mengesahkan kematian wanita berusia 29 tahun itu menjelang tengah malam tadi sebaik keadaan di kawasan nasionalis Creggan kembali tenang.
“Kami menganggapnya sebagai serangan pengganas dan sudah melancarkan siasatan ke atas pembunuhan itu,” kata Perkhidmatan Polis Utara Ireland (PSNI), Timbalan Ketua Konstabel, Mark Hamilton dalam satu kenyataan.
Seorang wartawan tempatan, Leona O’Neill berkata di Twitter, selepas wanita itu ditembak dan rebah di tepi kenderaan polis, pegawai terus membawanya ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, tunjuk perasaan itu adalah kesan daripada tindakan pihak berkuasa yang menggeledah sejumlah kediaman di kawasan terbabit, katanya.
Kejadian letupan bom kereta di luar sebuah mahkamah di Londonderry Januari lalu menunjukkan ancaman kumpulan militan yang menentang perjanjian damai 1998 masih wujud.
Pemimpin Ireland Utara, dua parti politik terbesar di Ireland, parti Sinn Fein dan parti pro demokratik, Parti Kesatuan Demokratik (DUP) mengutuk pembunuhan itu. – Reuters