M Update, 29/04/2019 – Sebuah mahkamah Bangladesh semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas tiga pemberontak Rohingya yang menganggotai kumpulan pengganas yang kini dibubarkan kerana memiliki bahan membuat bom, kata pendakwa raya.
Ketiga-tiga mereka ditahan pada 2014 di sini bersama bahan digunakan membuat peranti letupan diubah suai (IED), kata pendakwa raya Tribunal Khas Metropolitan, Salahuddin Howlader.
Katanya, mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mengikut undang-undang bahan letupan negara itu, menambah seorang daripadanya menerima hukuman tanpa kehadiran kerana masih diburu.
“Mereka terbabit dengan beberapa cawangan militan antarabangsa termasuk RSO (Pertubuhan Sokongan Rohingya),” katanya. RSO adalah kumpulan kecil pemberontak yang aktif di utara Rakhine pada 1980-an dan 1990-an.
Media tempatan, memetik kertas pertuduhan berkata, tiga lelaki itu adalah suspek dalam letupan Burdwan 2014, di Bengal Barat, India yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan beberapa lain ketika didakwa membuat IED. -AFP