Input your search keywords and press Enter.

PENGKOSIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH MEMBAWA MUDARAT JIKA TIDAK BERHATI HATI

Kadang kala, bila seseorang sedang hangat bercinta atau menyukai seseorang, mereka mudah untuk menunjukkan gambar-gambar peribadi atau beraksi lucah di hadapan kamera atau webcam. Usahlah sesekali kita berbuat begitu.

Fikirlah semasak-masaknya  apa akan jadi jika kita bergaduh atau berpisah? Pasangan walaupun dianggap baik atau pernah berjanji sehidup semati sebenarnya boleh melakukan apa saja jika dia marah seperti menyebarkan maklumat, gambar sulit atau aksi video yang boleh memalukan.

Ini bukanlah untuk menakutkan , tetapi kejadian ini kerap kali berlaku dalam dunia sekarang. Mula-mula, hangat bercinta. Bila sudah marah atau naik gila, mereka boleh mengugut untuk menyebarkan gambar atau video lucah anda. Ada juga yang meminta wang atau barangan lain sebagai gantian. Inilah yang dimaksudkan sebagai peras ugut.

Leave a Reply