Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya, RM30k Sehala

M Update, 30/5/2019 – Lebih 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini. Menurut pemilik syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa, 31, perkhidmatan di musim perayaan ini adalah kali pertama diperkenalkan. Katanya, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya menyediakan perkhidmatan heli dan jet…

Akibat Maki Polis, Wanita Ditahan

M Update, 30/5/2019 – Seorang wanita ditahan akibat memaki anggota trafik melalui video Instagram kerana tidak berpuas hati selepas disaman Isnin lalu. Sumber polis berkata, kejadian disedari anggota trafik berusia 38 tahun ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 7.40 malam, Ahad lalu. Katanya, suspek berusia 22…

Selesai konflik Di Meja Rundingan – PM

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prasyarat utama ke arah menzahirkan Orde Baharu Dunia ialah memastikan semua konflik diselesaikan di meja rundingan. Perdana Menteri berkata, semua pihak juga perlu sedia melepaskan sesuatu dalam usaha mencapai persetujuan. Menyifatkannya sebagai cara masyarakat bertamadun, beliau berkata, langkah melancarkan peperangan dan…

JPJ Kelantan : Lapor Kesalahan Jalan Raya Menerusi WhatsApp

M Update, 30/5/2019 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka talian aplikasi WhatsApp untuk orang ramai melaporkan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Pengarahnya, Mahasan Mustapa, berkata langkah itu diambil supaya pihaknya dapat mengambil tindakan segera terhadap mereka yang melanggar kesalahan. Katanya, penggunaan aplikasi WhatsApp…

Lulusan Cemerlang SPM Digalak ke IPG

M Update, 30/5/2019 – Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalak memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata ia berikutan kerajaan tidak mahu lulusan cemerlang SPM hanya menumpukan kepada melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu seperti kejuruteraan…

Kuatnya kau dik…

M Update, 30/5/2019 – MAMA, jangan nangis. Abang Am kuat, nanti tangan dan kaki abang Am Allah ambil simpan dekat syurga,” begitu kata Muhammad Rifqi Amzar Faizo, 6. Anak kedua daripada empat beradik yang mesra disapa abang Am itu melontarkan kata-kata semangat berkenaan kepada ibunya, Roziayu Othman, 37, yang kesedihan…

Lelaki guna pistol disiplin anak ditahan

M Update, 30/05/2019 – Seorang lelaki Jepun ditahan kerana menggunakan pistol untuk mendisiplinkan tiga orang anaknya, kata polis hari ini dalam siri kes penderaan kanak-kanak terbaru yang menyebabkan penggubal undang-undang mahu mengharamkan hukuman dera di negara itu. Seorang pegawai polis berkata, lelaki berusia 45 tahun dari selatan bandar Kitakyushu memberitahu…

Lelaki bawa lembu dewasa naik kapcai

M Update, 30/05/2019 –  Seorang penunggang motosikal memberi senyuman ketika gambarnya dirakam ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa rendah atau kapcai sambil membawa seekor lembu dewasa di Pakistan baru-baru ini. Perbuatan luar biasa itu dirakam oleh seorang penumpang kereta semasa melalui jalan raya sama dipercayai di satu kawasan luar bandar dekat…

PM Tiba Di Jepun, Lawatan Kerja Tiga Hari

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Tokyo bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun. Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menaiki pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan. Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Menteri…

Amnesty dedah jenayah perang baru tentera Myanmar

M Update, 30/05/2019 – Tentera Myanmar bersalah melakukan ‘jenayah perang’ baru, pembunuhan tidak adil dan penyeksaan dalam memerangi pemberontak etnik Rakhine, kata Amnesty International, hari ini. Beribu-ribu tentera dan jentera perang sudah ditempatkan di seluruh Rakhine utara dalam beberapa bulan ini, terutama di kawasan pemberontak Tentera Arakan (AA) yang berjuang…