
M Update, 13/06/2019 – Kremlin mengumumkan gencatan senjata di Idlib selepas beberapa minggu tentera rejim dan Russia melancarkan bedilan roket dan serangan udara di wilayah di barat laut Syria itu.
“Atas inisiatif Russia, dengan Turki dan Moscow sebagai orang tengah, perjanjian gencatan senjata dirumuskan di Idlib bermula tengah malam 12 Jun.
“Susulan itu, ia menyaksikan pengurangan serangan dilakukan pemberontak,” kata Pusat Perpaduan Russia bagi Syria, dalam kenyataan lewat semalam.
Idlib, kawasan terakhir yang tidak dikuasai kerajaan, berhadapan serangan rejim sejak beberapa minggu lalu, walaupun sudah mengadakan perjanjian zon penampan selama beberapa bulan.
Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR), yang beribu pejabat di Britain, Isnin lalu berkata 25 penduduk awam termasuk tujuh kanak-kanak maut dalam serangan terbaru, dengan lebih 360 penduduk awam terbunuh sejak akhir April.
Perang di Syria sudah meragut lebih 370,000 nyawa dan menyebabkan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula pada 2011 dengan bantahan antikerajaan. — AFP
Berita Berkaitan

Tujuh orang awam maut serangan bom di Syria

Rejim Syria laksana gencatan senjata di Idlib – Russia

4 pemimpin bertemu bincang isu Syria

14 September tarikh rundingan konflik Syria

Gencatan senjata di Aleppo, Latakia dilanjut

Syria lancar serangan biarpun tarikh rundingan damai ditetapkan

Serangan udara rejim Syria ragut 20 nyawa

Pertempuran jadikan rundingan damai Syria terjejasSponsored ContentRecommended by
- Adam Levine Sells $45 Million Beverly Hills Mansion in Five…Mansion Global
- Geodesic Dome House Selling in Los Angeles for $1.7 MillionMansion Global
- How Do These Light Intelligent Lenses Protect in Any Light?
Disyorkan
Kes SRC: RM2 bilion masuk dalam akaun ‘misteri’ – SaksiPenghantar spam akan kena tindakan undang-undang – WhatsAppZainal Amanshah lepas jawatan CEO InvestKLERL komited teruskan perkhidmatan berkualitiRabies ragut nyawa mangsa ke-18Bapa pesan jaga adab – Khir RahmanGDB bida kontrak baharu RM2.9 bilion