M Update, 24/06/2019 – Empat maut dan 100 lagi cedera di Bangladesh apabila kereta api terjunam ke dalam terusan kerana jambatan yang dilaluinya runtuh hari ini.
Pegawai berkata, sebahagian jambatan berkenaan runtuh ketika kereta api ekspres melaluinya, menyebabkan lima gerabak terhumban, dengan satu daripadanya tercampak ke dalam air.
Beratus-ratus penumpang terperangkap dalam kemalangan yang berlaku di Kalaura, 300 kilometer dari Dhaka.
Penduduk tempatan menyertai pasukan bomba dan polis mengeluarkan mayat dan mangsa tercedera daripada bangkai gerabak, kata superintenden polis, Rashidul Hasan.
Dua puluh satu mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Sylhet, bandar raya terdekat, dalam keadaan serius.
Berikutan itu, perkhidmatan kereta api dari Dhaka ke barat laut Bangladesh dihentikan. – AFP