M Update, 03/07/2019 – Mahkamah Jerman mendenda Facebook sebanyak dua juta euro (RM9.3 juta) kerana tidak bersikap telus sepenuhnya berhubung tindakan diambil untuk membendung ucapan kebencian atas talian.
Menurut undang-undang baru yang dikuasa kuasa 1 Januari 2018, syarikat seperti Twitter dan Facebook mempunyai masa 24 jam untuk membuang kiriman yang melanggar undang-undang Jerman secara terbuka selepas ia dikenal pasti pengguna.
Kandungan menyinggung perasaan yang lebih sukar untuk dikategorikan perlu dipadam dalam masa tujuh hari selepas ia dilaporkan dan dinilai.
Syarikat media sosial yang gagal mematuhi peraturan itu berhadapan denda sehingga 50 juta euro (RM233 juta).
Selain itu, gergasi atas talian juga perlu menyiarkan laporan cara mereka menangani ucapan kebencian setiap enam bulan.
Dalam keputusan yang masih boleh dirayu Facebook, mahkamah BfJ mengenakan denda bersamaan dengan AS$2.26 juta (RM9.3 juta) apabila mendapati syarikat itu gagal memberikan gambaran penuh mengenai aduan dibuat pengguna dalam laporannya meliputi Januari hingga Jun 2018.
“Senarai laporan cuma sedikit daripada aduan yang dibuat pengguna mengenai kandungan terlarang,” kata mahkamah dalam kenyataan. — AFP