M Update, 22/07/2019 – Seorang tentera Indonesia terbunuh ketika pertempuran dengan pemisah di wilayah Papua ketika dia sedang mengawal tapak sebuah bangunan, kata tentera.
Sekumpulan tentera ditugaskan untuk memantau pembinaan jambatan di kawasan pedalaman daerah Nduga, kawasan yang sama tentera diserang tahun lalu.
“Ia berlaku sangat pantas, beberapa siri tembakan dilepaskan daripada kawasan semak. Ia seperti langgar lari,” kata jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi dalam satu kenyataan.
Muhammad berkata, Usman Hambelo, terkena tembakan di pinggang dan meninggal dunia beberapa jam kemudian, dengan helikopter tidak dapat menerbangkan kerana cuaca buruk.
Kumpulan tentera itu menghentikan usaha memburuk penyerang disebabkan keadaan gaung dan hutan tebal mengelilingi kawasan terbabit.
Tentera Indonesia yakin serangan itu dirancang Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat (TPNPB), yang mengaku bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya 19 orang pekerja pembinaan di kem hutan terpencil tahun lalu. – AFP