M Update, 21/08/2019 – Kekejaman seorang bapa yang telah mencekik dan mengelar leher anak perempuannya ketika anaknya datang melawatnya pada hujung minggu lalu sebelum menyerah dirinya kepada pihak polis.
Joshua Burgess, 32, mengaku membunuh anaknya, Zaria, 15, di rumahnya dan siasatan polis di kediaman itu menemui beberapa objek dipercayai digunakan untuk membunuh gadis itu, lapor The Charlotte Observer.
Suspek yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin, mengaku melakukan pembunuhan itu, namun motif perbuatannya tidak didedahkan.
Pembunuhan itu mengejutkan kerana suspek diketahui amat menyayangi Zaria yang digelar puterinya, malah menjadikan gambar mangsa sebagai gambar profil akaun Facebook miliknya pada 23 Jun lalu.
Sebelum itu, suspek turut memuat naik status mengucapkan selamat ulang tahun kepada mangsa.
Sepupu mangsa, Dytaysha Wadsworth berkata, mangsa seorang yang baik hati dan disayangi keluarganya.